Thursday, February 4, 2010

Perbicaraan Yg Ditunggu-tunggu....


“Can I f*** you today? (Boleh saya adakan hubungan seks dengan awak hari ini?),” itulah pelawaan yang didakwa Mohd Saiful Bukhari dikatakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya ketika mereka berada di bilik tidur pada Jun 2008.

Mohd Saiful, 24, yang juga bekas pembantu peribadi Anwar mendakwa, perasaannya ketika itu marah serta takut dan menolak pelawaan itu bagaimanapun, akur apabila diarahkan masuk ke bilik tidur utama di Kondominium Desa Damansara itu.

“Saya kata tidak sanggup lakukannya. Dia (Anwar) marah dan bertanya ‘Why’ (kenapa) dan saya ulang jawapan sama. Dia arahkan saya masuk ke bilik tidur utama. Saya masuk dulu ke dalam bilik dan diikuti Anwar. Dia tutup langsir dan tutup lampu.

“Bilik agak gelap. Anwar arahkan saya bersihkan diri. Saya membuka pakaian dan membilas badan sebelum memakai tuala. Di dalam bilik, Anwar memakai tuala dan dia minta saya datang ke arahnya dan dia memeluk saya sambil berdiri,” katanya yang menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Mohd Saiful berkata demikian pada hari pertama memberi keterangan di dalam Mahkamah Tinggi di sini, semalam, terhadap pertuduhan meliwat yang dikenakan terhadap Anwar di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

MOHD YUSOF: Siapa yang minta kamu datang ke kondominium itu?

MOHD SAIFUL: Anwar.

MOHD YUSOF: Apabila kamu masuk ke dalam rumah, apa kamu nampak?

MOHD SAIFUL: Saya nampak Anwar duduk di meja makan, seorang diri.

MOHD YUSOF: Apa yang berlaku?

MOHD SAIFUL: Saya duduk berhadapan dengan Anwar dan menyerahkan dokumen dimintanya. Kami berbincang mengenai jadual kerja. Selepas itu, Anwar mengucapkan kata-kata itu (mengajak melakukan hubungan seks).

MOHD YUSOF: Apa reaksi kamu ketika itu?

MOHD SAIFUL: Marah dan takut.

MOHD YUSOF: Kamu ada kata apa-apa?

MOHD SAIFUL: Saya tidak sanggup lakukannya.

MOHD YUSOF: Kemudian apa yang berlaku?

MOHD SAIFUL: Dia marah dan bertanya ‘Why’? (kenapa). Saya ulang benda yang sama iaitu tidak sanggup lakukannya.

MOHD YUSOF: Seterusnya?

MOHD SAIFUL: Dia marah dan ketika itu saya takut. Dia mengarahkan saya masuk ke dalam bilik tidur utama.

MOHD YUSOF: Adakah kamu ikut seperti yang diarahkan?

MOHD SAIFUL: Ya. Saya yang masuk dulu dan kemudian diikuti dia (Anwar).

MOHD YUSOF: Dalam bilik itu apa yang berlaku?

MOHD SAIFUL: Di dalam bilik, ketika di pintu saya lihat Anwar berada di hujung katil. Dia menutup langsir dan dia datang ke arah pintu dan menutup lampu.

MOHD YUSOF: Bilik gelap?

MOHD SAIFUL: Gelap tetapi masih ada cahaya daripada celah langsir dan bilik air.

MOHD YUSOF: Selepas itu apa yang berlaku?

MOHD SAIFUL: Anwar arahkan saya bersihkan diri di dalam bilik air. Saya masuk dan membuka pakaian. Saya membilas badan dan ambil tuala. Saya keluar dengan bawa keluar kemeja dan menggantungnya di pemegang almari.

MOHD YUSOF: Ketika itu kamu bertuala?

MOHD SAIFUL: Ya.

MOHD YUSOF: Di mana Anwar?

MOHD SAIFUL: Dia berada di penghujung katil.

MOHD YUSOF: Apa yang dia buat?

MOHD SAIFUL: Dia berdiri memakai tuala putih. Dia arahkan saya datang kepadanya. Saya pergi ke arahnya dan dia memeluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar memohon kepada mahkamah supaya prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup dan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkannya. Mohd Saiful berkata, dia mula bekerja dengan Anwar pada awal Mac 2008 sebagai sukarelawan sebelum dilantik menjadi pembantu peribadi dan antara tugasnya mengatur pertemuan sulit dengan ejen anggota parlimen yang ingin melompat parti, menguruskan dokumen sulit seperti akaun bank serta menyelia telefon bimbit Anwar setiap pagi.

“Saya diberi gaji rasmi RM1,000 dan apabila ada lawatan akan diberi elaun. Sebagai contoh ke Singapura saya diberi AS$1,000 (RM3,448). Saya bekerja dengan Anwar selama empat bulan.

“Pada 28 Jun 2008, saya menghantar e-mel kepada Anwar untuk meletak jawatan kerana sudah tidak mahu diperlakukan seperti di dalam kertas pertuduhan. Bagaimanapun di dalam e-mel itu saya memberi alasan mempunyai masalah disiplin, selain tertekan kerana diberi bilik khas sedangkan ia tidak layak untuknya (Saiful gagal menamatkan pengajiannya),” katanya.

Terdahulu dalam ucapan pembukaan yang dikemukakan Mohd Yusof, pihak pendakwaan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful disahkan Jabatan Kimia milik Anwar.

Mohd Yusof berkata, selain keterangan langsung Mohd Saiful, pihak pendakwaan mengemukakan keterangan forensik oleh doktor dan ahli kimia, serta keterangan mengikut keadaan. Ketika prosiding, timbul isu berhubung laporan polis dibuat Mohd Saiful di Balai Polis Jalan Travers berhubung kejadian seks luar tabii itu apabila Karpal memohon mahkamah membatalkan perkataan ‘kejadian kali terakhir’ di barisan ketiga laporan itu.

Karpal berhujah bahawa perkataan itu memberi maksud ada kejadian lain, sebelum 26 Jun 2008 iaitu tarikh di dalam laporan polis sedangkan hanya ada satu pertuduhan dikenakan terhadap anak guamnya.

Mohd Yusof berkata, laporan polis itu ditulis pengadu sendiri dan pihak pendakwaan tidak boleh mengubahnya dan pihak pendakwaan membuat pendakwaan hanya menjurus kepada kes itu saja.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan membatalkan perkataan itu.

Mohd Yusof dibantu tujuh timbalan pendakwa raya terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latiff, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azmad. Selain Karpal, Anwar juga diwakili peguam Datuk Param Cumaraswamy, Datuk CV Prabakharan, Ram Karpal Singh Deo, S NNair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando. Prosiding bersambung jam 9.30 pagi ini secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium.

Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondiminium itu untuk
menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.


Hari Ke 2:

Jam 2.25 - Anwar masuk ke kamar. DIa nampak runsingkan talipon Black berry tadi tertinggal.

Jam 2:53 - Perbicaraan akan bermula semula.

Jam 2:55 - Kes patut bermual dengan cross examination tapi Karpak melalut sedikit mengadu mengenai laporan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita bertajuk "Tak Rela diliwat lagi". Anwar Ibrahim kelihatan mengambil nota. Ianya cara untuk dia hilangkan gemuruh. Saiful masih dibilik menunggu untuk saksi.

Karpal nak perlecehkan mahkamah nampaknya. Pergi melalut jata Utusan dimiliki UMNO yang diketuai Najib. Berita itu berniat jahat dengan menyiarkan berita tersebut.

Jam 3:05 - Hakim minta rehat 5 minit untuk buat keputusan mengenai ini. Cross examination tidak mula lagi. Melarat sampai petang dah dapat tangguh.

Jam 3:34 - Perbicaraan bersambung. Hakim membuat keputusan tidak caj tuduhan hina mahkamah (contempt of court) terhadap Utusan Malaysia. Muka Karpal jadi monyok sepuloh sen. Dia bengang betul. Masih dengan hujah bahawa ini adalah hin amahkamah. Pasti paper lain lagi teruk. Saja nak kenakan Utusan. Hakim kata tak puas hati buatlah polis repot. Kata Ronnie tak percaya polis, buat apa DAP nak buat polis report kan?

Perbicaraan diteruskan dengan DPP menunjukkan gambar CCTV lokasi pada hari kejadian. Anwar kelihatan duduk beralaskan bantal. Dah mula berlakun sakit punggung pulak. Dia yang sodok punggung orang tapi punggung dia pulak sakit. Kak Wan buat apa malam tadi?

Jam 3:40 - Saiful ditunjukkan gambar CCTV seorang lelaki dalam lif oleh DPP. Dia mengaku itu adalah dirinya semasa datang dan balik.

Jam 3:57 - Pada 26 Jun Saiful buat laporan di PUSRAWAI bersama TUAH, bapa saudaranya. DIa diperiksa oleh Dr Mohd Osaman Abd Hamid.

Jam 4:00 - Kemudian dia ke Hospital KL. Saiful terangkan apa yang dilalui semasa di HKL. Anwar terpopong gamam dan termenung melihat Saiful memberi keterangan.

Masa itulah dia pegang pinggang dan pura-pura sakit pinggang. Pemerhati dari para juri dari Academy of Motion Art and Science dilihat mencatit sesuatu dalam nota. Pasti ada harapan dicalun Academy Award untuk Pelakun terbaik tahun ini.

Jam 4:07 - Saiful menyatakan kepada doktor yang memeriksanya di HKL iaitu Dr Daniel bahawa dia telah diliwat oleh Anwar

Jam 4:08 - Saiful menerangkan bahawa Dr Osman Pusrawai menasihatkan dia pergi ke hospital kerajaan kerana Dr Osman kata Pusrawai tidak ada kelengkapan.

Dr Osman sendiri secara tidak langsung kata laporan dia tak lengkap. Baca juga blog Syed Akbar sini dan blog Dr Novandri.

Jam 4:20 - Public prosecutor menunjukkan alat besi yang digunakan untuk sampel dari dubur Saiful. Kelihatan Anwar tersenyum. Rupa macam dia punya anukah? Dia nampaknya sibuk menyalin nota sambil berlakun sakit dan cuba menenagkan jiwa.

Jam 4:25 - Mahkamah ditangguh.

Karpal minta untuk pergi ke pejabat pentadbiran kondo tempat kejadian sekali lagi esok. Adakah untuk melambat-lambatkan mahkamah?.

Sekian sahaja laporan direct telecast dari kami. Kes ditangguh ke esok pukul 9:30 pagi. Sesi soaljawab antara DPP dengan Saiful akan bersambung dan dijangka akan berkisar semasa Saiful diperiksa dan menerima rawatan. Mahkamah akan kembali ke tempat kejadian sekali lagi.




Wednesday, January 20, 2010

Makan-makan Ber Pot Luck kat Rumah Ajymnarnia

Setelah sekian lama konon2nye nak jumpa sebab nak sembang2 dan makan sama-sama. Macam2 tempat dah plan termasuk kat taman bunga ..tapi ade saja aralnya... lagi pun dlm keadaan beranak kecil susah juga nak buat... kang bukannya dapat sembang2 dan makan tetapi nak menjaga dier saja... akhirnya ajym buat keputusan kat rumah kami ajelah... semua setuju...lagipun bukannya ramai sgt...kawan2 tepuk tampar je... yg belum bertepuk tampar... tak ada la dijemput...hehehe... saper nak bertepuk tampar dgn aku marilah...hehehe..ini semua atas initiative mama pips (cutetipie) sendiri...kami ikut je... termasuklah siapa yg nak dtg...ada lah beberapa yg tak dpt dtg...

Kami makan dari pukul 1.00 tghhari hingga pukul 8.00 mlam...tak sedar masa berlalu....Inilah antara barang2 makan yg dibawa... masa ni spagetti ayam yg dibuat oleh datin Qyrun belum sampai lagi... Narnia buat nasi lemak, ajym buat bubur jagung, mama bawa.. kuah kacang, Samosa dan tauhu goreng, farell bawa KFC dan angah bawa buah2, kacang dan air...sepatutnya tak yah la bawa air sebab buat kat rumah... tapi dia dah bawak kami minum ajelah...

Inilah dia kuah kacang tu... ia dimakan bersama dgn tauhu bakar dan timun....

Spaghetti ayam yg dibawa oleh datin Qyrun....sedapnya ...jarang makan spagheti ayam ni... selalunya daging saja...

yg ini Afif.. anak bujang mama Cutepie... baru habis SPM...
Tgh buat testing makanan ke tuu....

Sibuk kat dapur...

Angah tgh potong buah...

Yg paling syok Imtiyaz la.... tgkla tu dapat terbang hingga pucuk atap...abg yem dier ni mmg tinggi...

Yer... dapat terbang... Imtiyaz panggil Nubhan adalah Yem... tiba-tiba ...Farelll pun dia panggil Yem juga....


Yg pakai baju purple tu datin Qyrun...sebelahnya anak dier...syimalain... waduh...manjanya imtiyaz kat abg yem dier...bersuap2 lagi...

kalau buat pot luck selalunya makanan terlalu byk berbanding org yg hendak memakannya...

Seronok juga sekali-sekala buat makan2 sebegini... sebab tak penat sgt nak masak maklum dah tau ada org nak bawak....

Pandai juga Datuk jamali ni (husband Qyrun) buat lawak... walaupun baru first time jumpa tetapi dia mmg teramat mesra...

Jenuh juga lah nak ngabiskan makanan ini...yg penting dapat sembang2.... entah apa2lah yg kami bualkan..terlupa pulak... semua isu ada...yg baik2 ajelah...hehehe..

Eh kenapa buka baju pulak imtiyaz ni... ajym pun tak tau knpla dia terlalu rapat dgn yem nih... padahal masa jumpa dulu imtiyaz baru umur 8 bulan..macam dah kenal lama pulak...

Janji aku rilek sebab ada org yg melayannya... heheh..

Katanya nak pinjam imtiyaz bawa balim ke hostel...bykla.. ingat senang nak jaganya.. kat rumah ni boleh la...sekejab...kalau lama kang tak terlarat kau yem...

Masa diorang balik..Imtiyaz tidur... esoknya bila jga dia cari Yem... aku hnya tunjuk gambar kat camera ajelah...


Isu apalah agaknya yg dibual kan oleh angah dan mama cutepie ini...

Akhirnya tqlah kat korang semua yg sudi datang membawa makanan kat rumah kami...

Wednesday, January 13, 2010

Nak Makan Benda Baru - Nasi Pink OH Lala

JEnoh mikirnya nak makan apa lagi yek... Kat malaysia ni kan ke syurga makanan... semua makanan sedap2 belaka... Tetapi kadang-kala terkedu juga nak makan apa... Ajym ni suka juga mencuba makanan yg boleh juga dikatakan baru atau ciptaan baru atau mengolah masakan yg sedia ada.... cumanya malas nak masak aje... ikut musim la kalau tgh rajin kang ... berkecah la dapur...

Tapi Kat atas ni Narnia yg masak... nasi minyak Pink ni... macam nasik minyak biasa cuma letak apa yek...rahsia... maka jadilah warna pink...selera sikit nak mkan sebab shanntekkk.. pas tu makan dgn sambal ayam dan ulam timun dan tomato... dan yang paling penting supaya menjadikannya ooooh lala ketika makannya ... tambahla dgn Lala... jadilah nasi pink ohlala....hahahhaha senang je kan...

makanan ringan pun dah byk juga yg cuba-cuba... ada yg sedap dan ada yg tak sedap... try and error... kalau sedap... makan... kalau tak sedap.. buang... kat atas ni adalah dry cranbery ..rasanya wangi macam yogurt....should try uollls.....Imtiyaz suka yg ni....kalau dia makan mulut dia pun jadi wangi.... baru best ciumnya...

Yg ini ajym paling suka... mmg seblum ni pun suka makan biskut famous emos yg ada kacang macadamia...rangup sungguh kacang itu kalau tergigit dan terasa lemak2nya... so bila terjumpa Bar Macadamia Dream seperti di atas terus beli.... tak sangka rasanya teramat sedap...saiz dia mcm snicker atau coklat Mars tetapi harganya RM6.39 sekeping... Rasanya lemak, ranggup, yg penting tidak manis...secukup rasa ...boleh habis sekali makan... kalau coklat Mars...aku tak boleh habis sebab manis gilosss....boleh didapati di Cold Storage, KLCC atau sewaktu dgnnya...

Yg ini pun sedap juga .. makanan mixed nut bar... boleh dijadikan sarapan..kalau malas nak makan yg berat2 la... simple je... dan senang untuk di bawa kemana2...harganya RM11utk 4 keping...itu je la setakat ini untuk makanan hari ini... jom gi topik lain lak... saje nak memanyakkan gambar dlm blog ini...

Yg ini selingan .....dah sedap makan-makan benda yg baru mari main puzzle pulak... setakat ini dah pandai la juga main puzzle2 ni... empat segi, bulat...tah apa2 lagi btk...cumanya tak cuba yg besar2 lagi tak larat dah nak memusingnya... saper mau belajar... maih la....

Yg ini Imtiyaz tgh bergaduh dgn abgnya Ihtisyam... mula2 gaduh nak rebut basikal...lepas tu gaduh nak rebut bola....ganazzz budak kicik ni....

Tetiba je kacang putih ni muncul... ini di perkarangan muzium Negara... hantar walin ada kelas yg dianjurkan oleh Berita harian... sementara menunggu.. makan kacang putih ni la....

Tgk la tu ..bukan main la gelaknya si Ihtisyam dan Im-Im ni... nak tau ..apa yg digelakkan diorang nih....ade ke gelakkan tgn org yg jual kacaang putih tu... hitam... tgn hitam jual kacang putih...

Balik dari muzium ..singgah jab kat taman tasik perdana... konon2 nak bercanda di taman bunga... alih2 bila bebudak dah nampak tempat main ni... terus melekat kat sini hingga tak mau balik... aduss ..tempat mcm ni melambak ada.. kat KLCC pun ada... tak payah la...tapi nak juga...terpaksala ikut...gambar diatas tu Imtiyaz main tolak je org kat depan dia... dia ingat dio sorang yg punya...


Dia boleh panjat sendiri... konon2 ninja warrior la tu....

Sampai juga tanpa pertolongan...

Masa ni pun dia nak tolak mamat kat depan tu sebab lembab sgt... badan je besar... tgk dia masih baby tapi cekap bebbb....

Setakat gelonsor macam ni ...Selamber je

Teringat pulak sejenis air... korang dah pernah minum ke belum??? nama airnya adalah "air janda pulang".... sedap very the ver air ini...setgh tempat panggil coconut shake....

Wednesday, January 6, 2010

ARTIS BARU nak jadi menantu...

Eh biar betul!!!! ada artis baru nak jadi menantu ker.... dah la orang kat office aku tanya... siapa lagi artis yg kamu ada selain dari Siti Nurhaliza, Nubhan, diddy, Aida gadis Melayu, Saiful Nizam yg baca berita TV3 tu... lagi...lagi..... memandai je diorang tu...mcm la semua nya nak kawan dgn aku...hehehe...tetiba ada pulak seorg lagi artis yg amat baru sedang hangat bercinta pulak dgn cucu saudara aku yg boleh dikatakan hensem org nya....

Tetapi kita jgn panjangkan citernya dulu...mari kita sejukkan badan untuk bermandi-manda di air terjun sungai Gabai, Ulu Langat duluu... ....

Segar sesangat permandangan di air terjun ini... kat ulu langat ni terlalu byk sungai.. ada 5 sungai kot......makanya air terjunnya pun terlalu byk... kalau ke ulu langat mmg tak tau nak gi yg mana satu.. semuanya cantik2..

Petang itu kami saja je round2 ke ulu langat... kalau jalan ke sana mmg seronok sebab suasana kampung yg sejuk je...org jual2 buah kat tepi jln pun banyak... cadangnya nak cari buah nenas serawak yg teramat2 manis dan sedapnya rasa macam nak meninggal tu...tetapi bukan musimla pulak...

Kami pun jalan..jalan... jalan dan terus jalan.....hingga sampai ke sungai congkak... punyala ramai org yg bermandi-manda... kami masuk simpang lain dan terus jumpa sungai Gabai... wah bestnya ...tinggi air terjunnya... kami pun main masuk je... walaupun ramai org yg parking jauh sgt sebab didalam sudah sesak... tapi kami peduli apa... dgn harap boleh selit2 sb bawa kereta kecik...kalau bawak kereta yg tu tak berani la aku nak masuk dlm...akhirnya mmg betul...kami dpt parking yg teramat dekat....

Apa lagi... bebudak tu terus mandila ... baju spare dlm kete mmg ada bawak...org yg berkelah mmg ramai...

Tetapi Imtiyaz...takut pulak... jadi dia hanya duduk kat batu tu memerhatikan saja org mandi...macho la konon....

Macam2 ragam org datang ada yg makan atas batu, dlm air...kencing dlm air pun ade... kalau duduk dlm air buat dont know je buang ampun la juga.... ni siap berdiri...tetiba nampak je meleleh air panas yg kuar... cissss....

walin dan addien mengelunsur kat celah2 batu itu....

Ade juga yg bakar udang... errmmm sedapnya bau... ambik gambar je la... makan tak dapat... maklumla tah siapa yg punya.... empunya tu pun mcm terpinga2 je ajym ambik gambar udang tu... bila dah ambik baru minta kebenaran ..boleyyy....

Yg sedang asyik masyuk bercinta pun ade....

Airnya nampak sungguh jernih...tapi biasalah bila org dah ramai gini... air yg panas yg kuar dari mata air khas tu mestila byk juga kan.....lebih 2 kolah tak apa....hehehe...

Tak mandi ke.... takkan kat atas batu je... ada berani marilah turun... samala juga org yg bercakap ni... tak turun juga...

Tinggi sungguh air terjun ni... kalau baru lepas hujan bahaya ni....ngerinya kalau bayangkan ade runtuhan air seperti yg selalu kita dgr kat paper tu....mmg tak sempat nak selamatkan diri...

Bunyi air pun kuat..nak bercakap terpekik2... susah betul nak panggil diorang suruh naik nak balik... tak puas mandi la katakan... sejam aje...

Bila dah naik turun balik... aduyai.....

Akhirnya balik la juga...

Sempat juga si Imtiyaz angkat ketepi kon itu...

Esoknya kami ada jemputan kenduri kat rumah anak saudara ..Mastina yg baru lepas bersalin anak yg ke enam...kenduri cukur jambul...

Yg lelaki ni cucu saudara ajym yg ke 210 (main agak je..) anak kedua mastina ...faiz namanya... yg pompuan tu yasmin cucu saudara ajym yg ke 211 (main agak juga) anak ketiga shimah.. shimah ni kakak kpd mastina...hehehe.. faham ke...apa yg menarik utk menggandingkan mereka berdua adalah sebab mereka ni sama umur... dua2nak masuk tingkatan 3 tahun ni...tetapi perbezaan tingginya sungguh ketara.....

Yg ini pulak amirah cucu saudara yg ke 195 (agaknya..) anak pertama shimah...dia ni besar sikit badannya... yasmin kurus tinggi pulak...yg dipegangnya tu Bapak saudaranya ...si Imtiyaz...terbalik la pulak anak dukung bapak...

haha... apa ke halnya tetiba je ambik gambar org nak balik ni... sebenarnya yg bawak beg putih itulah artis baru yg dimaksudkan diatas tu... yg lelaki tu Mutalib anak saudara ajym... abang kpd mastina.. yg tudung hitam itu emak si artis pompuan tu... kat belakang tu bini si mutalib.. amboi anak diorang tgh bercinta...emak bapak pun dah mesra...sportingnyer...Hiela ni bukan dari artis reality sebab itu tak kenal sgt... dia kena berusaha bersungguh2 utk menaikkan namanya.. maklumla sekarangn ni artis baru melambak2...Ajym dah dengar juga suaranya menyanyi... sedap suaranya... kalau2 buat betul2 boleh juga... tapi maklumla...susah nak saing dgn artis Akedemi fantasia..lebih2 lagi AF8 sudah nak bermula...

Inilah dia artis tu... namanya Hiela... katanya bulan depan album pertamanya kat pasaran... dia dibawah Zulfekar... yg ada gosip dgn farawahidah tu... yg lelaki ni cucu saudara ajym yg ke 200 (agaknya..) namanya Nazreen... atau nama panggilannya Ayien... eh... senama dgn nama ajym masa kecik2 dulu la... kita senamala Ayien...mereka ni cinta pandang pertama rasanya...cinta remaja la katakan...nak buat macamana... tgkla... kalau jodohnya ada cepat la tu... kalau tak ada jodoh nak buat macamana... tetapi ayien jgn risau sgt...umur masih terlalu muda... rupa pun ada.. budi pekerti pun ada... duit pun bolehla jika dibandingkan dgn seusianya... makanya beribu2 bunga sedang menanti... so Hiela kena jaga cucu aku tu baik2 yer... ajym tak ada kuasa untuk melarangnya... asalkan korang bahagia cukup...

Hensem tak si ayien ni... amboi..bukan main lagi umur kau baru 18 tahun... dah nak bertunang yer...Ayien ni mmg seorg yg amt bagus dan baik personalitynya .. siapa yg berkawan dgn dia mmg akan cair.....dah la muka pun cunsem (cun + hensem)... budipekerti pun amat bagus...mmg sukalah bersembang dgn dia...tutur kata...cara menghormati org mmg tip top... mana tak tergoda si Hiela tu... Bukan setakat Hiela ...emaknya pun tertarik dgn cara Ayien...Ayien ni pulak mmg pandai cari duit...walaupun masih belajar dulu... tapi buat kerja part time...mampu la juga beli kereta...ye la... mana tak tumpahnya kuah kalau kat anaknya... bapaknya tu mmg bussinesman...

Eh... macam promote ayien la pulak berbanding Artis.... ye la belum kenal betul2 tak brani la nak tulis mcm2... kalau si ayien tu tau la juga..maklum la cucu saudara...selalu la juga jumpa berbanding cucu yg lain... sebab rumah dia dekat je...hahhaha... pandai2 la Ayien bawak diri .. kalau Hiela dah popular..... Ayien ni pun bersuara sedap juga... ajym dah dgr juga suaranya...masa dia tingkatan dua dulu... bawak lagu nasyid... kalau nak cuba masukla AF8...

Ha... inilah dia baby yg cukur jambul tu... rumahnya dekat sgt dgn rumah ajym... jalan kaki pun boleh.. nama baby ni special sikit...iaitu ARIANA ALTHOFUNNISA....kalau susah sgt panggil je ariana ataupun nisa.. ATAUPUN itu lah namanya... maksudnya selembut2 seorg wanita...fuhhhhh....dasyat,...baby ni cucu saudara ajym yg ke 358..

Yg ini Ariff namanya cucu ajym yg ke 340.... ariff ni anak Hamdan... adik kepada Mastina.... Ramainya... adik beradik mastina ni ada 14 org.... emak mereka Arbaiyah (Abby) adalah kakak ajym..dan arbaiyah itu adalah adik kpd yahya dan yahya itu adalah datuk kpd Aida Gadis Melayu.... faham ker... senang citer kami ni adalah adik beradik sekonek (bak kata Mutalib...) aku tiru je la... kelakau la...diorang ni kalau berjumpa mmg ada je kelakar nya.. mmg keluarga pelawak... happy go lucky memanjang... habis tu ade org tak percaya... bila terangkan ...bila kata adik beradik sebapa tapi emak lain... feninn juga kan... tapi bila bagi tau Adik beradik sekonek... sekelip mata faham... boleyyy.... hehehe... lucah ke... sikit2 je... boleh la tu....

Apa hal YANG ARIFF ni... mana boleh nangis2 ni... hakim pun nangis ke... ala.lallaaa.... SEKIAN....

Tuesday, December 29, 2009

Cuti Krismas

Sebelum krismas aku dah plan dgn wife untuk ronda-ronda shoping komplek berdua-duaan... maklumlah kalau pergi shoping dgn budak2 kecik tu mmg tak boleh nak beli apa yg kami nak..Jadi pada hari itu mmg sakan la juga kami ngabiskan duit...pergi tempat yg selalu pergi aje... KLCC dan Times Square... itu ajelah yg best dan senang....

Sambil jalan2 kat KLCC hanya ini je la gambar yg diambil sbb nampak mcm cantik je hiasan krismas kat ruang tgh...gambar lain mcm biasa je..tak ada yg special...adelah beli baju2 dan kosmetik...

Hari itu Narnia kerja setgh hari saja...manakala aku cuti penuh (Company aku mana ada cuti setgh hari...bebudak tinggal kat rumah neneknya).. Lepas tu kami berangkat pergi ke Times Square pulak... sebab nak main bowling....lepaskan gian la konon...tapi tak menjadi la pulak... mana taknya... org disebelah tu terer giloss...score 250 ke atas memanjang...malula kami yg score bawah 100 ni... cis.....tak apalah janji enjoy...

Sementara tu kat Times Square pun ada hiasan2 yg menarik utk diambil gambar..tetapi kat sini tak la ramai org...blh la aku nyelit sekali kat gambar ni... kalau kat Klcc malu wooo....

Kami makan dulu kat kat sweet chat... mmg biasa order benda ini... sebab kami suka...sedap nak mampuss... eh mcm kasar je bunyi mampus tu kan... si Addien pandai je menggantikan mampus tu kepada meninggal...katanya lembut sikit.... jadi bunyinya " Sedap rasa macam nak meninggal..."... huhhh... lagi ngeri bunyi nyer....baik ajym punya ayat lagi bagus...mmg sedap tahap very ver the ter..... (very-very the ter best bangat...).....

Habis bab shoping... hari krismas tu kami berangkat balik kampung melaka pulak...bukan main seronokla bebudak tu sebab semua adik beradik balik kampung...riuh la sekampung...rumah pulak dah sebulan tak jengok mmg la ... macam2 nak dikemas...

Yg paling seronok bebudakla.... main aje kerja diorang dgn geng2nya...ini anak2 dara yg berumur dari 4 tahun hingga 11 tahun...datang nak beraya ke tu.....hahahha....tunggu 10 tahun lagi... cun-cun la semua tu...

Geng lelaki tak ramai...imtiyaz dan im-im (nama panggilannya..kalau tulis mcm nama siam la pulak) nama penuhnya muaz zaim..
Bergambar dgn rakan sebaya..... (termasuk aku tau..hehehe..)... kami melepak2 kat luar pagar sambil bermain kejar-kejar dan sembang-sembang...

PaK alangnya bawak round2 keliling rumah dgn motor kapcai yg ditinggalkan kat kampung... katanya ala-ala sembilu la konon... bawak motor round2 tu... cittt... bukan sembilu tau... semngilu adeler...

Tgklah ragam bebudak ni... naik motor ikut turn... yg lain tu mengejar motor tu pulak...

Kawasan laman yg luas seronok la juga main kejar2.... tetapi kalau org tak ramai terasa sunyinya...

Nasib baik Pak alangnya rajin melayan bebudak tu...

Setghnya bermain basikal... tgklah storenya besar mana... semua ada... motor, basikal...siap ada 3 bijik basikal lagi...

Dah puas main lari-lari...buat show pulak kat pentas khas itu.... tgh nyanyi koir la tu... ajym ni kononnya wartawan la....

Kat dlm rumah... Imtiyaz main basikal kecik ni... comelnya korang bertiga ni... cubit pipi kang...

Ermmm .... romantiknya....

kalau penat main kat luar, lepak pulak kat dalam rumah...baca buku komik pulak... mmg ada je aktiviti diorang ...

Fulamak... siap boleh bukak internet lagi tu....tgk la... blog saper dia bukak... ajym secara kebetulan je lalu....

sambil tgk blog, berfacebook, bermyspace...... susu tak tinggal...org kat dapur pulak tgh sibuk masak...eh yer ker....oooo bersiap nak gi rumah org kawin....

Kat rumah org kawin... cuma ambik gambar ni saje... buat kelainan la pulak kan... kalau ambik gambar org pun bukannya kenal baik ambik gambar selipar...

Petangnya ...sambung balik aktiviti... Imtiyaz ni suka sgt berkawan dgn org besar...org kecik tak best.. org besar lagi best boleh dukung2... nasib baik abg syazwi ni rajin bebenor melayannya...bangun tidur pun dia cari abg syazwi dier...

Permandangan rumah dari atas bukit...

Kat atas bukit ni ada tanam pokok ubi dll... kat bawah pun macam2 pokok ditanam...

Spiderman in the making....

Petang tu juga adala buat kecik2 sambutan birthday Musyirah yg ke 21 tahun...saje suka makan reramai..minum petang..

Hahhaha... siapa dihujung sana yg pakai tudung hitam tu... tak apa ..sekali-sekala muka masuk blog apa salahnya kan....

Ni Aiman... sikit lagi rambutnya nak kena korban sebab nak masuk PLKN.. sessi pertama januari ini... top2 tak jadi pulak sebab kem yg dia nak pergi tu kat melaka terbakar... bukan main seronok lagi dier...bukannya apa... sayangkan rambut... tgh cunsem la katakan....(gabungan cun dan hensemmm) huhuhu.... Cunsem ker.....

Esoknya ada birthday org lain pulak...kat rumah lain... tgklah Imtiyaz mencium baby... hingga berkerut seribu dahi si baby tu...

Makan lagi... habis tu selagi hidup ni... makan aje koje nya....makan nasik ayam.... kek ...tapai.... kenyang....

Seronoknya ...dapat main kereta ni...

Balik semula ke KL... paling nyampah kalau tersekat kat dlm jem ... waduhhh...selalunya nak menyampai ke Seremban 30 minit saja tapi hari tu 2jam lebih...nasib baik kuar Nilai masuk highway LEKAS.... 20 minit sampai rumah.... kui..kui...

Tuesday, December 22, 2009

Majlis Pertunangan Aida Gadis Melayu dan Saiful Nizam

Selepas hampir stahun menjalin hubungan cinta, akhirnya juara program reality gadis melayu musim pertama, Khairul Normaidah Zali atau Aida, dan penyampai berita TV3, saiful Nizam Ismail mengikat tali pertunangan secara rasminya di rumah anak saudara aku Yamani Bt Yahya bin Yeop Majlis di Bandar Country Homes, rawang pada 19 disember, 2009.

Majlis berlangsung penuh istiadat apabila keluarga Saiful memulakan upacara merisik ikatan pertunangan, Abang aku Mohd jamil Yeop Majlis sebagai jurucakap pihak perempuan, ia turut dihadiri ibu Saiful, Che Bunga Mohd kamal, sepupu Saiful, Datuk Johari Baharum yg juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Saudara mara yg lain.

Selain itu Ramai juga Org TV3 yg datang bagi memeriahkan Majlis. Eh... kenapa tetiba skema pula aku bercerita ni...

Katanya mereka merancang majlis pernikahan sebelum ketibaan ramadan tahun depan kerana ingin menyambut ramadan dan aidil fitri sebagai suami isteri. bagus la gitu Aida dan saiful... bertunang tak boleh tunggu lama-lama....darah manis la katakan...

Ekin bini mawi pun datang... apa lagi tumpang ambik gambar la aku... nak ambik gambar dgn dier..tak nak la..nanti mawi marah pulak...wakakkaka...

Ini sebenarnya nak ambik gambar bulu mata yg lentik tu....Seindahwajah yg jadi jurumake-upnya..

hahahha....nampak jelas bulu matanya... sekali tgk mcm siti nurhaliza masa kahwin dulu la pulak...
Pelamin ini direka oleh Azma dari Taman Cempaka... Wah tunang pun ada pelamin ...kahwin nanti tak taulah macamana pelamin nya... tetapi sweet aje pelaminnya...

Masa ini ramainya jurufoto....macam kilat... ajym pun selit2 la juga dicelah2 org ramai tu...

Masa ini Aida baru turun dari bilik untuk upacara sarung cincin...diiringi oleh Hairi anak wayang dgn tiupan seruling yg merdu itu...

Aida diringi finalist Gadis melayu musim pertama Aisyah...

Ini adalah Ibu Saiful, Che Bunga Mohd Kamal dan abang kepada Saiful.

Diantara sanak saudara yg hadir....

Imtiyaz sedang memerhatikan pengerusi majlis pada hari itu Mr misteri Nusantara ...Zainal Abidin yg sedang menghafal skrip...

Dr. Fazilah Kamsah pun ada pada hari tu... tetapi dia balik awal sebab ada hal lain...

Aida bersama atuk2 saudaranya... Salihun Yeop Majlis, Mohd Jamil Yeop Majlis yg bertindak senagai jurucakap belah pihak perempuan dan yg depan tu...lain tak bukan adalah aku...yg bernama ajym dan seorg yg pemalu...malu-malu kuching gitu...eh ..yer ker... boleh percaya ka...

Selepas majlis selesai...tetiba Saiful pun muncul....

Inilah Dia Jurucakap majlis pertunangan tersebut... walaupun telah disediakan pantun sebanyak 4 rangkap tak silap tetapi abang aku tu baca 2 saja... dia tak payah pantun2... dia ada style nya sendiri...lagi pun dia dah biasa bab2 majlis tunang ni. Ajym dulu pun dia juga yg jadi jurucakapnya...bakkata org dah mmg kerja dia tukang menunangkan org...

Inilah dia emak si Aida...Puan yamani namanya...muda lagi kan....yg sebelah tu adik si Aida...Zawin namanya...masih menuntut di Bandar Iskandar perak

Hantaran dari pihak lelaki...tak sempat nak ambik satu-satu sebab ramai org...tiada ruang untuk masuk...

My wife... bersama finalist gadis melayu..Fiza dan aisya...

Oppss.... hamboiii...... main cak-cak yek korang ni....comel bangat gambar ini...

Ala..la..laa..la... tomeinya....

Kredit to seindahwajah kerana ambik gambar ini.... cantik...

Semasa baru lepas di solek kat bilik atas...masa ni diorang suruh aida nyanyi sikit untuk Saiful ..dirg nak rakam...tetapi Aida tak tau nak nyanyi lagu apa.... diaorg tnya lagu apa yg Saiful Suka... Lantas aida jawap lagu Negaraku.....hahahhaha...

Serious cakap... gaya gini mmg mcm Dato siti... Idola ajym tu....

Confuse aku.... Aida Ke Dato Siti ni...

Ini Bekas Cincin kot...main ambik je kat atas katil tu...

Parfume dan alat solek lelaki dari jenama Starwalker...mahal jenama ni...

Manisan...

Pulut Kuning

Buah-buahan...rasa macam nak ambik aje...

Kek...

Sepasang Baju melayu..pink lagi...

Ini apa yek... tepak sireh kot...Apa nama ni Aidil....Nama Azma kat FB...

Huhh....nampak mahal sungguh cincin ini... cincin platinum tu cincin merisik.... kalau kat KLCC minimum harga cincin platinum yg halus tu pun dah RM6000... yg ni lagi lah mahal...yg lagi satu tu cincin emas putih bertatahkan berlian sebagai cincin pertunangan..kelesssssss...gitu...

Inilah pelamin indah ciptaan azma...

Inilah dia jurumake-up nya...

Kalau dah cantik...mmg lah cantik kan.... kembang la tu....

Aida di apit oleh adik2nya Zawin dan aisyah... (dengarnya dah nak tunang juga tu...)

Saiful bersama bakal adik2 iparnya....

Suasana kat luar rumah...nak ambik gambar curi Ekin sebenarnya,...

Ibubapa Aida... PuanYamani dan En. Zali..

Bersama kesemua sembilan adik beradik Aida...(Aida ni anak ketiga)..yg ngandung berdiri depan tu kakak ipar aida ..isteri kepada Anak kedua iaitu Qamar..dgrnya dah bersalin kat Putrajaya...Ahna Zulfa nama cicit ku....hua...hua... cicit...anak aku Imtiyaz vazien yg baru 2 tahun tu dah jadi atuk... huhuhu...

Saiful bersama Ekin dan kawan2nya...

Yg baju purple tu abg long Aida..Khairul... yg baju putih tu adik Aida..Khairuddin dan Khairul Anis..

Suasana kat luar...ramainya org TV3 datang...tapi tak sempat nak ambik gambar...tau tak kenapa tak sempat nak ambik... tgk lah si Imtiyaz tu... lari sana lari sini... mana nak ambik gambar ...setakat gambar curi boleh la... ajym nak posing2 dgn diorang tak boleh la...

Saiful Bersama kawan rapatnya...Norliza ..pembaca berita juga... senyum aje muka dia....bagus..bagus.. senyuman mu mmg menawan...

jgn jeles yek ...Aida nak bermanja-manja dgn ajym....
Dan lagi.....

Last but not least....masa ni Aida yg suruh cucuk pipi tu....macam pelik je abg2 ku mencucuk pipi... ajym mmg biasa buat kerja gitu wakakakkakakaka.........

Saturday, December 19, 2009

Mari cuba makan Buah "NGAKU"

Baru-baru ni kat pasar malam ajym ternampak cina tua sedang memilih2 sesuatu benda ...pelik beno rupanya.. nak buat apa la agaknya... bila tanya kat org jual sayur tu...dia sendiri pun tak tau namanya ..tapi dlm bahasa cina namanya adalah ngaku....

Sebenarnya ngaku ini also known as Chinese potato or swamp potato because it grows in water. Kalau korang nak tau.. the ngaku is only available during the Chinese New Year celebration as it is a seasonal vegetable. So jgn lepaskan peluang untuk mecubanya...kalau waktu lain mmg tak ada buah ni..
Inilah rupanya buah ngaku...korang tau tak nak makannya macamana????... ajym dah mencubalnya ..dan membelinya..saja nak tau apa rasanya... biasanya org cina suka membelinya sebagai ubi seperti kentang dlm masakannya... apalagi kesukaan mereka adalah gulai kicap babbb campur ngaku... alamak bila dah sebut benda tu geli la pulak...

Tapi itu dulu...tetapi sekarang mereka dah menjadikan ngaku sebagai kerepek tradisional...macam kuih kapit... cara masaknya adalah sama seperti kerepek pisang...
Goreng saja macam ni.... bukannya susah sgt...sedap rasanya...tak caya cubalah ...ini makanan baru...
Tetapi seblum digoren korang kena kupas dulu kulitnya...macam diatas... harga ngaku ni mahal juga...dia hanya dapat pada musim perayaan cina sahaja...selalunya ada dijual ditesco dan jusco...biasanya bila tiba musimnya... ramaila nyonya2 yg akan membelinya... ingatkan nak buat apa rupanya kerepek...why not cuba kan.... ajym dah cuba dan sedap... rasa kerepek kentang la juga...
Ngaku ni crunchy, tasty and addictive. Once you start crunching on ngaku (arrowhead) crisp, it's hard to stop. These crisps, which look like potato chips, ngaku ni sebagai vegetable yg popular dan di import from China.Lepas goreng korang kena letak gram sedikit untuk menyedapkannya...

Kalau boleh jgn hangus sgt macam diatas... biasalah kalau dah hangus sikit rasanya ada pahit2 sikit lah... biar sedang2...


Macam kat atas ni mmg sedap... kalau makan tgh panas2 mmg ngak boleh stop....enak bangat donk...kepingin rasanya untuk membelinya lagi...kita mesti goreng sendiri... sebab kalau korang beli kat gerai2 limau mandarin yg org cina jual tu...entah2 dia dah campur dgn goreng benda tu.... kalau goreng sendiri pasti halal...... cubalah...

Just nak bagi tau..next posting adalah majlis pertunangan saiful Nizam (Pembaca berita TV3) dan Aida (juara gadis Melayu musim pertama)... tak sempat lagi nak upload gambar...tunggu yer...

Monday, December 14, 2009

KHATAN, SUNAT, MASUK JAWI & POTONG

Tajuknya membawa maksud yg sama cuma sebutannya berbeza mengikut siapa yg menggunakannya...kalau P1 wimax yg guna mestilah potong...potong...po...tong...

Ihtisyam Addien kini telah pun merdeka katanya...maklumlah seblum dia potong..tak tentu arah dia..risau bukan main lagi.ala..zaman sekarang ni bukan macam dulu2.. guna batang pisang dan pisaunya sungguh mengerikan...tak pakai ubat bius langsung..mmg mcm kena sembelih... laju je tok mudim tu potong setelah dikepit diatas batang pisang...hingga batang pisang itu pun terhiris sekali...memancut2 darah.. tok mudim hanya baca jampi dan letak sirih yg dikunyahnya untuk menghentikan aliran darah... tetapi zaman sekarang amat berbeza...dan sungguh kagum..itulah peredaran zaman dan bijak pandai penghuni dunia kini...

Yg ini baru balik dari klinik...terus duduk kat sofa aje... selambe je jln ..tak payah nak kengkang-kengkang tapi dgn syarat bogel la...itu biasa la dia...tak tau malu lagi..tunggu la sikit lagi...

Ini proses potong... sebelum tu doktor tu inject dulu ..3 kali.. masa inject inilah yg paling sakit...nangis la juga...bila dah inject barula boleh gunting...ingatkan sekali gunting..rupa2nya doktor gunting sikit2...mula2 nurse tu tarik ke atas dan potong dulu kat hujung, lepas tu kat tepi dan meratakan untuk mencantikkannya... mcm guntung rambut la pulak...bunyi dier mengerikan..

Nurse tukang tarik..doktor gunting... ajym tukang tengok sambil ambik gambar...doktor pun diam aje.. ajym pun apa lagi main tekan ajelah kamera...guna sebelah tgn aje.. seblh tgn lagi pegang tgn addien...cuma masa inject aje tak sempat nak ambik sebab masa ni dia sakit...tapi byk gambar tak boleh ditunjuk sebab faham2 ajelah...yg dipapar inipun terpaksa diedit sikit...

masa proses gunting2 ni...darah mmg la kuar... tapi taklah byk macm tok mudim yg kat kampung tu...nurse tu sentiasa je mengelap darahnya...

Reaksi muka ADdien ketika proses potong... waktu inject lagi la hahaha... masa potong ni mmg la ada terasa sikit tapi boleh la tahan lagi...sebab dgr bunyi yg tak tahan tu... sakit mungkin dah tak ada...

Setelah habis potong... Doktor guna mcm laser kot untuk tutup saluran darah... jadi darah tidaklah mengalir lagi...cepat kering darah dan luka pun nampak tiada...

Lepas tu dijahit pula...

Macam jahit baju la pulak...

Laju je Doktor tu menjahitnya...benangnya nampak mcm kasar... bila benang tu laga2 dgn kain terasa la juga perit dan ngilunya..

Dah siap... siapa tak tahan tgk darah..jgn la tgk...

Lepas tu dibalut...sehari je balutan ini... esok buka la...kononnya kena bukak kat klinik tetapi tak sempat sampai..terbukak sendiri...Doktor suruh basahkan pembalut seblum dtg supaya tidak melekat... ajym pun apa lagi betul2 kasi basah la....hingga tercabut terus...

Dah jom balik...dah siap..sikit je kan... Merdeka...

Inilah rupanya kat rumah...mmg tak malu... bogel saje... dia malas nak pakai kain sebab geli dan ngilu... lantaklah ...janji cepat kering kalau kena angin kipas.... sambil tu main puzzle dan tgk tv....org dah suruh tutup pun dia tak peduli... siap gertak nak ambik gambar... lagi ditunjuknya lagi adela...ambik tetap ambik tapi tak tunjukla kat sini....

Monday, December 7, 2009

Makan-makan, Jalan-Jalan & Main-main

Apa lagi la nak citer kat blog ni ...dah 101 topic dah ( tak sangka...)... rasa mcm dah kering idea tetapi bakkata setgh org ajym ni dah mcm paparazi...kena adakan juga ceritanya... minggu ini hal2 kami berjalan2 dan makan-makan dan main-main ajelah...mungkin ade yg lebih kurang sama saja ceritenya tapi layan sajalah...

Minggu dulu2 kami saja je nak ajar walin dah addien bermain bowling kat time square... tapi ajym tak main sebab mmg dah give up dari dulu sb tak pernah improve...asyik masuk longkang aje memanjang, jadi biarkan mereka main dgn Narnia saja...Narnia pun tgh kemaruk main bowling... tapi awal2 biasalah pelongkang lah juga...tapi better than me... ajym hanya jd penonton dan menjaga imtiyaz...tapi kat sini tak sempat nak ambik gambar sb imtiyaz asyik berlari aje ...org pulak ramai, jadi penumpuan sepnhnya mengejar dia saja...sabar ajelah...

Setelah penat bermain bowling yg puratanya boleh dikatakan semua masuk longkang oleh walin dan addien kecuali Narnia yg ok la juga for the start kannn.... biasalah setakat point 80 saje....hehehe... kalau ajym 60 saje.... juara longkang la katakan.... tak kisahlah..janji happy ... dan lepas main bowling kami makan dekat restoran Penang Village... macam sedap je kan makanan kat atas tu...


Kat atas ni laksa... restoran ni nampak kelas... makanan pun boleh tahan mahal... ingatkan restoran mahal mestilah sedap2 makanannya tetapi mmg hampassss nak mampus... tak sedap giler... laksa ini rasanya manis dan ada daging pulak... sungguh pelik rasanya.... dahlah pekerjanya nampak tak ada sorang pun melayu...org asing dan ca ya nun allif saja... mula lah rasa loya tekak ini.... walaupun ada kelulusan dari pejabat agama...



Yg ini pulak... nasi goreng labu... dlm gambar nampak mcm sedap... bila makan ya rabi... hanyirnye... pakai minyak apa diorang ni... tak boleh masuk la... kepala dah fikir macam2... udang keringnya pulak mengerikan rupanya ...sekali pandang macam ulat kering...kadang2 macam lipas yg dah dibuang kepaknya... adusss.... ajym makan satu sudu je... tak boleh masukla tekak ni.....

Yg ni ok sikit... udang goreng... tapi pencecah dier mmg tak sedap... so makan udang saja lah... dah lah air sirap bandung dia hancai aje... ( tak pekat susunya..). Kami mkn mmg tak kenyang...terpaksalah kami beli makanan sampingan kat luar.....



Lps tu kami singgah kat tesco ampang nak beli buku...seperti biasa...Narnia cari buku ajym jaga imtiyaz... dia pun leka dah macam pekerja kedai tu pulak...

Dia main ambik aje buku2 tu dan kemudian susun kat rak yg lain....lantaklah dia janji dia diam dan tak lari2 keliling...


Tgk tu... dia tgh nyusun buku...


Lepas tu ambik yg lain pindah ke rak yg satu lagi...


Kiri kanan kiri kanan je lah kerjanya... kami balik rumah...sambil tu narnia tak puas hati dgn point bowling yg duia dpt...dia kata nak main lagi...

Selang beberapa hari kami pergi main bowling lagi kat Metro kajang... tgk la kata atas tu gaya addien melontar...macam bagus je... tapi ada juga yg kena ....Kat kajang ni murah seringgit jika dibandingkan kat Time Square... Kat sini Satu Game RM6.00...kat TS RM7.00... kasut pun murah singgit..sepasang kasut RM1.50..kat TS RM2.50.

Kat Sini kami main 3 games sorang termasuk ajym setelah dipujuk rayu suruh main... jadi total kami berempat...12 game la.... ..imtiyaz sorang je tak main... kami selang seli la menjaganya... kat sini senang sikit sb org tak ramai...


Suasana kat sini tak bising... kat TS kena berpekik2 kalau nak bercakap sb muzik kuat sgt... kat sini tenang aje...best...best...


Wah...tepuk tgn nampak... strike la tu... yer ker...nampaknya acara memasukkan bola kelongkang mmg kegemaran kami....

Dekat sini kami main dgn seronok dan tanpa rasa malu sebab org disekeling semuanya staraf aje ...semua geng masuk longkang....tetapi kali ini ajym menampak improvement disetiap game... cayalah ajym... ehh puji sendiri nampak...hahahah...


Jeng..jeng..jeng... inilah resultnya pada game pertama... J = ajym, D = Addien, W = walin, N = Narnia.... kat game pertama ni Narnia juara... cedihhh...cedihh... tak macho la aku... boleh kalah kat pompuan...tak boleh jadi ni... nantila kat game seterusnya...Addien pulak..2 kali aje yg kena ..yg lain semua longkang...walin pulak 4 kali saje yg mengena... jadilah... baru kali kedua main..tak pandai nak adjust lagi..


Hahhaha... apa sudah jadi Narnia... menjunam nampak... ini adalah point terburuk yg pernah dibuatnya...ajym... sudah meningkatke 89 berbanding 77 sebelumnya.... yesss... mulala ada semgt sikit... addien dan walin pun ada peningkatan sikit...

Game ke tiga.... yuhuuu... ajym berjaya mencecah angka 100.... dapat 103 merupakan yg tertinggi pernah dicapai... malula...org lain dah biasa dah point gini...lantak la janji ada peningkatan setiap game.... apa sudah jadi dgn narnia ni... atau pun sengaja..sebab nak bagi ajym semangat sikit supaya senang di ajak untuk main lagi.... maklumlah seblm ni ajym mmg liat kalau di ajak main bowling... tetapi dgn result yg sebegini mungkin ajym akan main lagi... hahahhaha... nampaknya ajym sudah dapat bagaimana nak kasi bola itu lurus...

Sunday, November 29, 2009

Bercuti Di Banglo Mewah

Kita selalu impikan untuk mendiami di banglo yg besar dan mewah...almaklumlah rumah kita ni kan rumah teres sahaja...tetapi bersyukurlah apa yg dikurniakan...untuk mengecapi rumah sendiri yg besar seperti dibawah hanyalah angan2 sahaja..itu pun sudah mencukupi...

Tetapi baru2 ini ajym sekeluarga berkesempatan untuk menghuni rumah banglo yg besar ini setelah diundang oleh my brother in law. Rumah rehat ini adalah kepunyaan Bank Negara Malaysia. Oleh kerana dia entitle untuk bercuti di banglo ini dgn murah hatinya dia mengajak kami...lagi pun rumah ini terlalu besar untuk didiami satu keluarga sahaja...terasa sunyinya kalau hanya sekeluarga sahaja.. Rumah ini mempunyai 8 bilik, 13 bilik air, satu bilik rekreasi, dua ruang tamu, satu bilik astro/karaoke selain ruang legar disekelilin rumah yg teramatlah besarnya...

Rumah ini juga mempunya kolam renang yg besar...didepannya...dibelakang pula laut yg membiru yg luas terbentang dan sungguh indah panoramanya. Sesiapa yg menikmati di tepi pantai pasti akan mendapat ketenangan...cihhh bermadah-madah pulak aku ni...

Banglo ini mmg besar jika dibandingkan camry di garage itu...mmg rumah ini tinggi walaupun hanya 2 tingkat sahaja...Ruang halaman yg berbatu merah ini sungguh bersih dan cantik... Imtiyaz sedang menikmati panorama luar rumah dgn tenangnya...

Ketika gambar ini diambil hanya kami 2 keluarga sahaja yg sampai...satu keluarga lagi dan my mother in law dalam perjalanan...kereta ajym kat tepi tu...sayup je ...nampak kecik aje... bila balik rumah sendiri ..alamak terasa keciknya rumah ajym hahahha...tapi kecik2 pun tak terbela juga hahaha...kalau rumah besar ini...mesti kena ada 5 org pembantu tau...siapa nak bayar....kopak la,....

wah... bukan main seronok lagi Imtiyaz merayau2 sekeliling yer....kalau ada ramai kawan sepermainan mesti lagi best...sunyi je ...yer la tempat besar...kalau nak parking kereta...setakat 50 biji no hal...

Yg ini di berenda rumah yg menghadap laut...seronok lepak2 kat sini.... meja dan kerusi utk lepak pun banyak...duduk je yg mana suka...semua hanya utk rumah ini.... tempat ini tidak dibuka untuk public... mmg privacy sekali...

Di dalam rumah yg luas... mmg penat berjalan untuk kesana kemari... almaklumlah...dah la ada 8 bilik...setiap bilik pula ada ruang sembahyang tersendiri yg sebesar bilik juga... bermakna setiap bilik mempunya saiz yg amat besar2 kesemuanya...

Permandangan rumah dari kolam renang...

Ruang tamu yg berkonsepkan moden... tenang je kawasan ini....campur dgn aircond dan udara segar dari luar...menambahkan kenyamanannya...best..best... mmg best....

Suasana malam...

Berehat sambil menonton TV..apalah imtiyaz buat tu...

Masa ini dah malam...setgh kat dapur...stgh kat luar...

Yg ini bilik khas untuk kanak2 tgk tv....amboi...pandai korang tutup lampu nak tgk movie la konon....bukan main kusyuk lagi yg bawah meja tu...

Kat dapur... wah bukan main mesra ajym makan bersama mother in law......

Ruang makan ini mmg luas.. mejanya besar sgt...nak ambik lauk pun tak sampai tgn...

Meja makan ini mempunyai 16 kerusi besar dan panjangnya lebih besar dari meja meeting kat office ajym...

Dilengkapi dgn perkakas dapur....makanan kami bawa dari rumah...kat sini panaskan saja....

Ini bilik rekreasi yg menghadap laut....

Ruang bebas...dan tangga menuju keatas.. ..aduh...penatnya turun naik....rumah ni tinggi sgt...

Meja makan yg besar...kalau setakat masak dua tiga jenis lauk....tak sesuai tau...terasa kosong meja ini...

Ruang tamu....

ambik gambar dari tangga....biasalah ajym...setiap sudut ambik gambar...

Laut dari jendela...Ihtisyam dan wafi sedang bermain2...pintu kelaut...laut tgh pasang tu...

Gambar dari atas...

Ruang atas...kebilik masing2...berlebih2 bilik....duduk je yg mana suka...

Ini bilik ajym...ambik pot yg tak selerak...biasalah...byk beg2 yg belum dimasukkan ke almari...baju pun main campak je..hahaha..

Kat sebelah luar....adala tempat main...Imtiyaz suka la... tak berbaju pulak tu... baju dah basah....lantakla...

Pandai dah naik sendiri...bukan main eksen lagi...tapi nak turun tak reti...

Ni tgh nak gi kolam la ni...

Sebelah tempat main budak2 ...ada tempat main ping pong...

Mandi....


Ruang berenda...
kalau main seremban kat sini pun syok juga nih...


Minum petang pun kat luar...

Kat bawah berenda...wakaf...pak guard selalu ada kat sini...

Amboi...apa yg cuba dilakukan itu...

Kalau main lari2 pusing keliling rumah pun best nih...

Permandangan pantai dari berenda...masa ni tgh panas....

Panasnya waktu ni....lepak dlm lagi best...

Tangga nak ke pantai...

Permandangan rumah dari tepi...

Tea time...

Baru balik dari laut...

Lepak2 kat tepi rumah.. hujung belakang tu ..tempat main imtiyaz tadi...

Permandangan laut...masa ni dah boleh turun laut dah....tak panas sgt..

Bersih juga pantainya... pasir yg kat dlm laut...halus dan lembut...


Permandangan rumah dari laut..

air laut pun ok...tak kotor...

Terpaksa ajym ketgh laut nak ambik gambar korang...

Air laut ketika ini tgh sedang2 elok untuk bermandi-manda...kerana tak kering dan tak dalam sgt... best untuk berenang... kat tgh laut tersusun kapal besar lalu lalang...

Itulah dia kisah percutian ajym minggu ini... ajym balik ke KL pada hari khamis...esoknya dah nak raya haji....

Sunday, November 22, 2009

Pergi Ke Kilang Coklat

Kalau tgkkan tajuk macamlah ikut rombongan cik kiah ke KL ...dan salah satu tempat yg dilawati adalah kilang coklat... padahal saja nak buangkan masa sementara menunggu kereta siap di service...biasalah cukup masa kereta hantar service kat serdang (kereta my wife). Belakang tempat service tu ada kilang coklat... ajym pun menapak la ke sana.. 50m je jaraknya... sampai disana punya la ramai org...rombongan dari mana tah... ajym numpang sekaki jer..

Dalam byk2 coklat tu... semua dah biasa makan dari yg murah hingga yg mahal... ada yg manis ngalah kan apa lagi... harapkan cantik aje... so lain kali kalau nak beli coklat ambik yg biasa2 saja...mana yg dah di modified cantik2 dah tak berapa sedap lagi dah....ajym boleh dikatakan setiap kali hantar kereta service mesti singgah punya...almaklumlah harganya lebih murah dari yg telah dihantar ke shopping komplek...

Yg di atas ini salah satu yg ajym paling suka dari kilang ini...yogurt apa tah namanya... rasanya mcm susu yogurt yg telah dicampur dgn buah2an kering strawberry, blueberry ...benda ni tak jual kat luar...hanya kat sini saje...sekeping RM8.00... ajym beli 3 keping...siapa yg pengemar susu pasti menyukainya... ajym mmmg suka dari baby lagi...lebih2 lagi susu cap gantung...oppppps...

Inilah nama kilangnya...Beryls.... biasa dengarkan jenama ni...byk coklatnya di jual kat luar...jenama ini adalah salah satu yg sedap la juga selain cudburry dan danson...jenama lain tu biasa2 je lah... coklat semua sedap kecualilah yg manis2 meletin tu...terutama kalau coklat yg dibeli dari oversea....kelas la konon tapi makan seketul pun susah beno nak ngabisnya...

Sebelum masuk...ambik gambar kilang dulu... pekerjanya ramai jga org bangla...kat dlm tak tau la pulak sebab tak adalah masuk sampai kedalam....tempat jual2 kat luar saja...

Antara bas-bas rombongan yg melawat kilang ini...ramai juga budak sekolah dan pelancong dari hong kong yg melawat kilang ini...pelancong Hong Kong mmg suka coklat dari Malaysia...according to them ... malaysian coklat is very nice and not so sweet as their country...
Lagi pun harganya jauh lebih murah. Mereka amat menyukai yg black coklat yg dicampur mint ....tapi ajym tak berapa gemar that black coklat...ajym suka yg coklat susu...lemak2 berkrim rasanya...sedap hingga menjilat...

Suasana dlm kedai...biasalah ambik gambar curi2... kedainya pun kecik aje...

Coklat dlm pek macam ini lagi berbaloi beli...murah.. kalau nak bagi hadiah barulah beli yg berkotak cantik...setakat nak makan sendiri beli yg gini lagi ok....yg penting isinya...

Sambil memilih...boleh makan lagi...rasa dulu..mana yg sedap baru beli...macam2 perasa ada...kenyang jugalah memakannya...kalau time org ramai boleh makan byk2 sebab org yg jaga tu tak perasan...ngap...ngap..ngap... kalau org tak ramai...malulah nak makan byk2...semacam je dia pandang2...

Time org tak ramai....kalau masuk...layanan mmg baik...kalau tak beli, sajalah...dah makan baik punyer.. tak kan tak beli...

Di ruang legar... ada yg tunggu giliran...sebab tak muat kalau masuk semua... tapi ajym selamber je masuk...ala sorang je... nyusup je lah...

Yg ni dari tadika mana tah...sentiasa ada saja pelawatnya...

Berpusu2 mereka nak masuk...nampaknya kilang ini mendapat sambutan yg hangat dari penggemar2 coklat..katanya mmg setiap hari mcam ini terutama kalau hujung minggu...

Jam kat luar kilang.. design coklat juga...

Selain coklat...kilang ini jual juga biskut butter... saja je beli sebab bila makan rasanya lemak2...sedap...

coklat almond inilah yg ajym beli... bungkusan yg sebegini jauh lebih murah dari pek2 cantik yg dihantar ke luar...sekilo RM25.00.

Sunday, November 15, 2009

Kat Sunway Pyramid- Beli Udang Penyet dan Coklat Batu

Setiap hujung minggu mmg fikir nak berjalan saja bebudak tu... ajym kalau nak ikutkan mmg malas nak kuar rumah sebab tau2 aje lah... kalau dah keluar rumah duit mmg mcm air keluarnya almaklumla ajym ni pun mmg kaki shoping... tak kira lah apa pun ada saja brg yg nak dibeli... jadi kononnya nak tahan nafsula...duk rumah diam2... kerja kat rumah pun melambak lagi yg perlu di bereskan. Tetapi kebetulan my wife punya office ada buat tournament bowling kat Sunway Pyramid... walaupun dia tak main tetapi saja je nak pergi juga nak tengok kengkawan main....tapi sebeno nya bukan nak tgk kengkawan main sangat ...sebenonya nak jenjalan window shoping tu yg lebih...hahhahaa... aku pun pantang juga di ajak... jom saja....hahahha....
Kami sampai kat situ pun dah pukul 3 ptg lebih.... aduhhhh nyampahnya mencari parking...walaupun tempat parkingnya besar tetapi masih tidak dpt menampung betapa ramainya org.... ajym rasa dah byk kali pusing dah masih lagi tak dpt parking... nasib baik la bawa kereta my wife yg comel itu... apa lagi main selit ajelah kat mana yg patut...yess berjaya juga hahaha...rasanya tempat tu tak kena clamp kot....

Kami terus menuju kat tempat diorang main... sebelum masuk ambik gambar jab...bukti katanya...alamak gambar aku ke ni... mcm tembam semacam aje... almaklumlah sejak dua menjak ni mmg kuat makan agaknya...pagi tadi narnia masak nasik lemak...sedap hingga menjilat kuku....tgh hari pulak masak nasik ayam...hingga menjilat siku... habis tu camana... masa kat office ajelah peluang aku nak diet... tapi diet aku... diam dlm hati aje...kalau cakap nanti semua org gelak... sudahlah... dah kurus pun masih nak diet... itulah bunyi diorang akan kutuk hahahha...sebnrnya itulah rahsia aku maintain kurus... diet dlm diam....bukan apa mmg tak suka tgk muka membengkak...hehehe...tgk pelakon2 kat tv yg hemsem2 dulu bila muka dah kembang sekarang semua dah out.... ajym ni dah la muka mmg tak hensem kalau kembang bertambah lah lg tak hensemnya....huhuhu..

Eh.. apa yg aku melalut ni... tukar topik balik.... hahaha... budak imtiyaz ni.... nak jadi model kereta la pulak...boleh... tapi botol susu tu jgn la bawak imtiyaz woi...


Eh duduk pulak ke.... lawa sungguh kereta tu comel aje... sesuai dgn model tu kan...coulor kereta tu pun sama dgn coulor susu imtiyaz....

Kami tgk org main bowling sekejab aje...lepas tu kami jenjalan la apa lagi... bebudak tu sempat juga masuk kat toyrus (betul ke ejaan ni)... tapi dah cakap kat diorang survey je dulu... kalau dapat 5A baru boleh beli.... kijam tak kami...
Meneruskan misi window shoping.... penat juga mengawal selia si budak kicik tu.... mata ni asyik nak perhati dier saja.... tak sempat nak tgk barang2.... Imtiyaz ni suka menyorok balik2 tiang.... cemas dibuatnya...

Kami masuk kedai makanan ringan ni.... seronok sebab boleh makan macam2 testing... ihtisyam kat atas ni tgh kusyuk buat testing....bila kuar kenyang katanya... mana taknya semua untuk testing dimknya....

Sesiapa yg minat2 dgn makanan ringan mcm ni mmg enjoy lah untuk membelinya...ajym selalu kalau ke sini beli halia dan sotong....


Lihatlah betapa byknya makanan disini segala jenis asam, pedas, manisan, jeruk, sotong kering... semua ada...


ambik gambar pun main curi2 aje... mana tau takut diorang marah... sebab itu ada yg clear ada yg blurr.... nasiblah...


ha... inilah yg paling confuse kalau first time tengok.... sebijik macam batu.... tapi sebnrnya adalah coklat.... sedap coklat ni...


Yg ni tertarik juga sebab very coulurfull.... cantik aje.... tapi tak larat la nak makannya...


Cantiknya benda ni.... tapi kalau dah pelik sgt mcam ni takut juga nak makannya... walaupun katanya halal tapi sendiri mau ingatlah... kalau coklat tu berani juga nak cuba tapi kalau mcm jelly... tak berani...lagi pun mmg tak minat jelly2 ni...


Ini pun sama... minat sebab cantik aje.... ini gula2.... Ihtisyam kata sedap...tapi tak beli pun....beli benda lain yg dah biasa makan...


Kat depan kedai tu... Masa ni Imtiyaz kena bawa kuar... susah kalau dia ada....mengacau aje... habis berterabur makanan tu nanti...


Tgk tu kami kedepan dia berlari kearah ikut suka dia...sabar je lah...


Masa kami jalan2 tu ...kami terjumpa restoran Ayam Penyet Ria..... yg kat the Curve yg kami kami gi minggu sudah..warung ayam penyet.... nak makan perut ini masih kenyang lagi... tapi rugilah kalau tak rasa yg ni....nak pegi lain kali jauh.... akhir nya aku beli jugak ...tapi take away la....


Inilah pemandangan restoran tu.... ok la juga... kalau makan kat sini tenang la juga...


Cantik kotak ayam penyet ni....merah menyala.... seperti pedas nak mampus sambal belacannya...ayamnya sedap...

Inilah rupa ayam penyet kat restoran ini... sedap... sekarang ni ajym dah jadi trend la pulak...kalau jumpa ayam penyet mesti nak beli....ayam penyet ni dah jadi salah satu makanan kegemaran walaupun ajym ni bukannya suka sgt makan ayam tetapi bila ayam penyet ni jadi suka pulak... maknanya mmg sedap la ayam penyet ni.....


Bukan setakat take away ayam penyet... udang penyet pun ajym beli juga... nak rasa.... emmmm... sedap juga.... sea food ni mmg ajym suka ... aduhhh semua nak beli ni... harganya tak la mahal sgt.. sama harga mcm ayam penyet RM7.90.... udang ni ada 5 ekor.... manis udang ni terutama bila hisap2 kat kepalanya....fuhhhh... kat kepala itulah yg byk byk kolestrol tau.... kalau dah sedap....hisap jg la.... nafsu menghisap bukan boleh dihalang....hahahha....balik rumah makan omega 3...


Bukan itu saja.... Jumpa pulak JCo.... apa lagi beli juga.... cantiknya donut ini... lemak berkrim...ajym beli yg saiz baby sb boleh rasa macam2 jenis.. ada 24 biji dgn harga RM18 ... kalau beli yg saiz biasa 6 biji RM14....JCo ni sama la juga mcm Big apple.... tapi ada yg kata JCo ni lebih sedap....pada ajym sama aje sedapnya... setaraflah... kalau nak dibanding dgn dunkin donut.... sorilah... ajym mmg tak suka langsung dunkin.... not my taste.... Jco jauh lebih sedap dari Dunkin...


hahaha.... ini lah batu yg ajym beli.... beli sikit jer.... itu pun dan RM6.60... coklat yg beli kat kilang berryl minggu lepas pun ada lagi kat rumah tu....

Ini halia yg ajym beli kat kedai tu.... byk ni RM8.10... sebnrnya ada mcm2 jenis halia ada kat sini...tetapi yg ajym suka tu mcm dah habis la pulak.... jadi beli lah yg ni pulak...lebih kurang je rasanya.... yg merah2 tu ajym tak berapa suka sebb mcm byk pewarna....halia ni kalau makan kat kereta ok juga.... time jem2 tu... hisaplah halia ni....kurang la rasa bosannya....aduhhhh asyk nak menghisap je... ape ke hal nye....

Monday, November 9, 2009

Pergi Ke Peghak Makan Durian & Teratai

Hujung Minggu lepas ajym & family balik ke Perak (balik hari ajer...) kat my brother's house di Kampar....kami mengambil masa 2 jam untuk ke destinasi. Sebenarnya dusun duriannya terletak di paghit Ayor...sempadan dgn kg. Gajah...kalau nak kesana akan mengambil another satu jam lagi... jadi ajym pesan je kat my brother tu kumpulkan doyan tu kat rumah dia byk2 ...dekat sikit nak ambiknya...hahahha....boley....

Lagi pun kalau perjalanan yg jauh dgn budak kecik selama 3 jam ...takkan nak menuju rumah kecik seperti diatas (dangau) ni saja...nanti anak2 aku mesti bising ....jauhnya perjalanan nak gi sini ajer...hahhaha.... gambar di atas tu dangau (pondok) tempat tunggu durian luruh...masa kechik2 dulu mmg pernah tidur kat dangau ni sebab nak tunggu doyan... kalau tak tunggu nanti ada org curi... tapi sekarang tak lagi kerana org tua pun dah tak duduk kat kampung lagi...nostalgia ajelah...

Dalam perjalanan balik kami singgah la kejab kat R&R tapah...nak buang air bagai....sempat la juga beli belah buah2an... banyaknya buah...

Semua gerai jual buah yg sama aje... tak tahu nak singgah gerai yg mana....semua jurujual memanggil-manggil....nasiblah gerai mana yg kami nak singgah....

Dalam byk2 buah...ajym tertarik kat buah jambu batu yg colour2 ni...sebenarnya buah ni dah dijadikan jeruk...bila rasa...sedap dan ranggup... tak rasa jeruk pun tetapi rasa mcm buah original aje tetapi lebih sedap dari yg belum dijadikan jeruk...aku pun beli lah 2 bungkus (sebungkus RM10)... aku suruh dia pecahkan merah dan hijau setiap satu sebab satu nak bawak KL satu nak tinggalkan kat kampung....

Yg ni baru sampai....rumah jiran.... kebetulan semlmnya rumah yg disebelahnya telah dimasuki pencuri.... habis satu rumah dirompaknya... tuannya tiada sebab berkursus kat kedah katanya... macam2 hal la org ni... pantang org tiada je mula lah nak merompak...

Berbalik pula cerita asal... ini lah rumahnya...imtiyaz mmg hobi dia menjelajah ke merata tempat... disekeliling rumah ni bayk pokok yg ditanamnya...buah nenas, ciku, mempelam padi, blueberry, rambutan dan mcm lagi...

Ini kawasan rehat kat luar rumah...inilah tempat kami menikmati durian... dulu kawasan ini terkenal dgn tapak lombong.... jadi terasalah sikit bahang panasnya... pokok2 baru nak membesar....kawasan ini teramatlah lapangnya....

Masih dlm kereta ni.... ajym tgh memandu laju... sempat juga diorang berposing ambik gambar sendiri...saja nak hilangkan boring perjalanan yg jauh...

Kosong je jalan... macam jalan bapak aku je aku buat....hehehe... masa ni kami dah keluar dari highway dah... jalan kampung....cantik juga pemandangan kat sini...hijau je...

Kat Highway pun kereta tak byk... apa lagi memecutlah... tapi setakat maksimum 150km/h je lah yg aku berani..... purata 130km/h. Kalau bawa 110km/h rasa ngantuk lah pulak...kami exit kat Tapah...total perjalanan dari rumah adalah 197km. duit minyak pergi balik RM60 tol RM43.60...kalau jalan Highway kosong macam ni berbaloi la juga bayar tol mahal2 kalau jem... tu yg nyumpah2 tu...kalau ikut jalan biasa boleh juga... tapi lambatla sikit sampainya... pilihan ditgn kitakan... anggap jelah bayar tiket masuk genting kan....hehehe...

Antara lombong yg masih ada.... masa ni baru lepas dibersihkan.... cantik panoramanya... lombong ni teramat dalam airnya ...kalau dimasukkan rumah pun boleh hapus rumah tu...jgn main2 dgn lombong ni.... kalau di tepinya kalau nampak mcm had buku lali sebnrnya teramat lembik tnhnya....kalau pijak terus sampai ke pinggang/dada....bahaya betul2...ajym dah pernah terkena...nasib baik selamat hingga sekarang kalau tak dah innalillah dah... Teratai punya angkara lah dulu.... konon nak ambik sendiri...

Kat belakang rumah.... pokok blueberry tgh berbuah....masamnya buah ni....


Inilah buah durian yg berjaya di kumpulkan... dan byk inilah yg ajym di bawak ke KL ...mmg berbau durian kereta ajym.... tak tahulah bila nak hilangnya... masih tahan lagi...kalau org jenis tak tahan tak taulah...

Durian yg dlm bakul ini baru luruh... masih fresh lagi...

Inilah buah teratai...hanya di Kwasan lombong aje buah ni tumbuh... Kampar adalah tempat paling byk teratai...tempat lain tiada tau... bila terjumpa org jual kat tepi jln ajym pun terus singgah untuk membelinya.... murah je... satu baldi ni RM8 jer... kalau org yg biasa makan taulah menilainya kesedapan buah ini... rasanya tawar-tawar manis kelat pahit-pahit lemak.... itulah rasanya...tapi kalau dapat yg muda sedap sikit...tak adalah rasa pahitnya...kalau dapat yg dah tua... kena buang pucuk kat dalam kacangnya itu...pucuk itulah yg rasa pahitnya tu....kalau rebus pun sedap juga...lemak2 rasanya...

Kalau korang nak tau...inilah bunga teratai sebelum buahnya muncul... cantik bunganya...


Buah teratai yg telah dikopik dari kulitnya.... makan yg putih tu lah... selalunya org rebus buat air lechikang atau sup.... dan kek bulan... makan mentah pun boleh....

Kami balik Kl pada petang hari yg sama...inilah dia buah durian yg sudah dikopek...kalau letak kat dlm peti sejuk lagi sedap dimakan....setelah diagih2kan buah durian tu...adalah juga baki2 kat rumah tu.... nak bawak kat office nanti berbau la pulak... so jenuhla juga kami memakannya...sungguh puas....macam2 boleh dibuat dg durian ni.... buat bubur, cekodok, lempuk dan mcm2 lagi....durian kampung mmg sedap woooooo....sehingga menggigit apa yg patut....

Monday, November 2, 2009

Makan AYAM PENYET Minum JUS ALPUKAT

Baru-baru ni ajym and wife pergi makan kat Warung Ayam Penyet kat The Curve Damansara. Warung ni my wife dah biasa makan dgn kawan2nya kat office sebab boleh dikatakan dekatla juga dgn officenya kat Pusat Damansara. Selalu dia citer kat ajym...sedap.... ajym ingatkan ayam penyet tu ayam yg dah kena penyek dilanggar kereta....tak adala nak heran sangat....hahahahha..

Habis tu dah selalu sgt dia makan...teringin juga nak rasa...dia kata cubalah sedap.... ayamnya kalau makan gigit putus.... itu istilah ajym la ... maknanya ayam tu nampak je garing tapi senang je nak gigit...lembut je daging jer... gigit putus... bila makan fuhhh mmg sedap siolll.... rempah2 dier pun terasa resapannya....hisap2 pun sedap... padanlah warung ini sentiasa ramai org walaupun dah petang....


Inilah antara menu2 yg terdapat kat warung ini....warung ini sebnrnya Indonesian Food ...kat indon mmg dah lama popular... kat malaysia tak berapa byk lagi....kat Bangi pun ada rasanya...Harga pun ok la... RM7.90 nasi kosong RM1.90.... jadi RM9.80 bersamaan 35,000 rupiah... eh mahal juga kalau pakai rupiah kan...

Nyam...nyam... sementara ayam penyet sampai... mkn buah dulu yg dibeli kat kedai bawah tu....kat gerai bawah tu mcm2 buah segar ada dijual... yg teringin nak dibeli adalah buah mangga harum manisnya.... mahal la juga RM20 sekilo.... tapi sebab susah nak dpt kat KL ni... belila juga 3 biji....RM28....Wuaaaah.... mahalnya....buah ni byk terdapat kat Perlis... kekadang tu tak sempat sampai kat KL... kat Perlis pun tak cukup katanya.... Kat sana RM6.00 je sekilo...alamak tak ambik gambar la pulak...

Inilah rupanya yg real ayam Penyet tu.... sedap tak rupanya...ianya dihidangkan sekali dgn timun, kobis mentah, tauhu dan tempe goreng....serta sambal belacan (satu set) kat atas ayam tu ditabur serbuk2 rempah yg garing.....

Air yg di order ...air soda gembira.... macam air bandung aje... tambah je dgn soda.... gembiralah jadinya...

Yg nak cerita lebih sikit adalah air kat atas ni..... nak tau air apa ni..... harganya RM7.90.... namanya Jus Alpukat....sebenarnya jus alpukat ini dibuat dari buah avocado... khasiat mmg byk la... itu yg paksa juga minum tu... first time minum.... jenuh juga kami berdua nak ngabiskannya... itu pun disalang-selikan dgn air soda gembira. Nak tau rasanya bagaimana????.... rasanya adalah lemak2 sikit....tapi yg kelakarnya... bau dan rasanya alamak.... nak sebut ker..... lantak la... bagi tau ajelah...rasanya ada macam itu air mani la.... (sperm)...wakakkakakaka.... dgn pekat yg amatnya....fuhh....nasib baik ada soda gembira...tapi bila dah habis baru terasa nikmatnya air itu....itulah penangan al pukat....hehehe...korang gi la cuba....baru tau....jgn ketagih sudah...hahahah...

Selepas habis makan-makan... kami ronda-ronda la kat luar legar tu...ada gerai-gerai macam kat batu Feringgi di penang la pulak rasanya....seronok jalan2 kat situ...

MMg habis hatilah pelakon utama kat blog ni... budak Imtiyaz ni la...kalau tak ada kisah dia mmg tak sah la kan....nasib baik benda yg diambilnya murah2 ajer....hahahah

Susu kat mulut mmg tak tinggal... ada saja kesana kemari...nak dukung tak mau...nak bebas saja...jenuhla juga nak mengikutnya....tak puas la mata ni nak tgk2 barang sebab nak menjaga dia saja....

Kat dlm the Curve... sama la juga macam KLCC... window shoping aje la... mmg tak niat pun nak shoping bagai.... lagi pun raya dah lepas ..nak shoping apa lagi kan....cuci mata aje la...Layan imtiyaz main jer...

Seronoknya dia menunggang miaww yg comel itu....RM3 untuk 5 minit....ok la.....

Tak lama pun kami kat situ... hari pun dah petang....kami pun balik la....kami lalu kat terowong ni... tak jem langsung.... berbanding nak pergi... jem teramat kat Bangsar....lebuh raya ni Penchala Link.... wife aku expert la ...area dia.... ajym pun suruh dia yg bawak kete... ajym tak berapa terer kat area Damansara ni...

Apa lagi...ajym sebagai penumpang..ambik je la gambar.... masa ni time hujan dah mula turun....tapi jalan amat kosong....mmg best... kami terus masuk DUKE....(Damasara Ulu Klang Express)...lagi kosong....

Akhirnya kami pun sampai kat rumah time ni..... pukul 6.31pm ..okla....Lain kali boleh makan ayam penyet lagi....korang boleh la mencubanya.... tapi jgn lupa minum air alpukat yerr..... org indon mmg suka air ni.....


Monday, October 26, 2009

Melaram Kereta Baru NUBHAN...

Akhirnya kereta yg diidam-idamkan oleh Nubhan sejak sekian lama berjaya juga dimilikinya sebelum raya dulu... bukan main lagi bergayanya NUbhan dgn kereta barunya itu...
Maklumlah rezekinya mencurah-curah waktu ini... show tak putus-putus...tawaran berlakon pun byk juga....album baru pun hampir nak siap....bertuah nasib badan...kawan2 dia yg lain nak bayar sewa rumah pun susah...itulah yg dikatakan tuah....syabas lah kerana berjaya mengekalkan prestasi..

Kereta ini adalah Toyota Caldina yg dibelinya dgn harga lebih seratus ribu...(tak boleh nak bagi tau kat sini...). No plat number pun rahsia demi keselamatan...tetapi hampir sama pula dgn kereta ajym... ajym nya WSA... Nubh WTA.... hehehe....pandai kau pilih...wakakaka......kebetulan...

Kereta berwarna biru ini begitu segak nampaknya dari jauh....dulu masa ajym kata kereta idamannya Toyota Caldina...ajym copy paste aje dari internet...warna biru.... bila dia beli...warna biru juga...ramalanku benar belaka nampaknya...

Ajym pun apalagi ..tumpang melaram sajalah kat kereta baru ini....nubhan masih berada dlm kereta....tgh touch-up rambut....

Dah siap rambut....barulah cun nak bergambar dgn Narnia.... wah....bukan main lagi....

Biasalah kami bertukar tgn lah camera itu.... kalau nak bergambar dimana saja pun jadi....

Biasalah artis....kena touch-up apa2 yg patut ....spray rambut sentiasa dibawa kemana kemari...baik2 sikit jgn ditinggalkan spray itu lama2 didlm kereta dibawah matahari yer.... nanti meletup spray tu...kereta tu sekali akan meletup...ingat tu Nubh...

Eh tak puas.... ambik sekali lagi..... biasalah.... begitulah kalau berjumpa dgn dia.... masa nubhan mmg amat terbatas sekarang....hari ini pun masih ada show di istana N9... pertabalan sultan....byk mashuk tu.....belanja la kami makan....jom...



Monday, October 19, 2009

Raya Berdengung di Hujung Syawal Bersama Nubhan

Di penghujung syawal kami akhirnya dapat juga beraya dgn artis kesayangan ajym dan narnia...berbading tahun lepas raya kedua kami pergi ke kampungnya di Juaseh tetapi tahun ini tidak kesempatan maka digunakan kesempatan ini untuk bersamanya di penghujung raya bersama nubies2 lain yg telah diatur program raya berdengung bersama Nubhan..


Inilah rumah kampung yg telah disewa tempat kami berkumpul di bukit cahaya shah Alam...amat tenang suasananya...

Kami berjalan kaki dari parking... berpeluh la juga...dgn mendukung Imtiyaz dan pot-luck...berpeluhla juga ...tapi cuaca amat nyaman tidak panas dan tidak mendung...

Terasa akan suasana kampung... sebelah ajym tu....mama cute....namanya....semakin hari semakin cute pipinya...hehehe....my wife jadi jurufoto....

Nampak tak dihujung sana...itulah rumah kampungnya....siap ada poster nubhan lagi di hadapan laman yg menghijau luas terbentang dgn sawah padinya...

Ketika ini pokok padi nampaknya sedang tumbuh dgn suburnya.....

Inilah tangga dapur rumah ini....melepak seketika sementara acara makan bermula...temanya adalah berpakaian kampung....ajym tak sempat nak salin... cuma bawa kain palekat saja...mula2 sarung aje kain tu...tetapi pakai T-shirt.... lepas tu buka balik sebab Nubhan kata....tak sesuailah abg ajym.... tak kono tu abg ajym.... apa lagi buka la dan terus pegang2 aje...My wife pun tak jadilah juga nak sarung kain batiknya.....tak apalah biarlah org lain yg menyerikan suasana kampung itu....kami kononnya lupa daratan la....hehehe...termasa mama cute tu sekali....tak salin baju....

Bukan setakat tak salin baju kampung.... siap pakai spek hitam lagi si Imtiyaz itu..

Ini tempat nak tutup ayam.... kata org perak ranjang namanya...lain macam aje bunyinya..

Luas sungguh kawasannya...bergerak bebas la imtiyaz....dari jauh pun nampak...tak risau sgt dia berjalan kesana kemari...sebab boleh nampak dgn jelas...

Hahahah ini pendekar bujang lapuk....

Kononnya melepak bersama gadis2 desa....yg ayu2 melecun....

Tgh sedap2 melepak...dan menonton acara tersebut...Nubhan main tarik aje ke atas stage suruh nyanyi bersamanya....manalah ajym reti nak nyanyi lagu raya DJDave.... tak pernah dibuat...menggigil2 tgn ni menyanyi....suara mcm tak kuar....hentam saja la Nubh....lain kali jgn tarikh lagi yer...malu deh....

Narnia pun konon bergambar dgn pak we kampung....yg sedang melepak...

Suasana dirumah kampung...makan bersila...seronoknya rasa berkelah....angin pun sedap aje...

Nubhan sedang menghiburkan kami....banyak juga lagu yg dinyanyikannya..sedap suara dia...

Kain2 yg berterbangan ditiup angin....nampak tenang saje....

Pose istimewa dari Nubh......


Mkn ala kampung.....sedap juga ...

Bukan main laggi...mmg terhibur sungguh ..Nubh sekarang sudah terlalu byk improve dari mula2 dia menceburi bidang nyanyian ini....bercakap pandai, melawak pandai....suara pun sudah mantoppppp....bergurau pun boleh tahan.....

Best tak....sudah semestinya best....

Amboi...jauhnya Imtiyaz main...suko hati la...

Makan la pulak Nubh..tenaga kena tambah...nak nyanyi lagi... tah apa la ajym ni... main sangkut je kain palekat kat bahu ...tah apa2 rupanya....

Buangla kain tu.... masa ni Nubh tak abis mkn lagi.....suka tak kuih melaka ubi keledek yg ajym dan narnia buat tu..... Nubh kata tak pernah jumpa lagi kuih ni....sama mcm ole2 melaka... cumanya kami tukarkan ubi keledek....lagi lemak rasanya.....byk juga nubh makan kan...


Apalah si imtiyaz ni.....bukan main lama lagi tenungannya pada abg An nya....
masa ni kami dah nak balik...walaupun acara tak habis lagi....sebab nak pergi open house yg lain...Yg sebelah ajym tu makcik Nubhan...kami panggil dia angah.....tetiba kakinya cramp...lama juga dia menahan sakit...ajym tolong urutkan kakinya.....kesian tgk dia menahan sakit...makan byk kalsium yer angah.... Amway punya kalsium bagus....cubalah...

Amboi...Nubhan...pandai kau berpantun yer...

Pantun2 ini adalah kata2 hikmat dari door gift yg kami dapat masa masuk.....
Itulah sedikit sebyk cerita raya berdengung bersama nUbhan yg dapat ajym ringkaskan.....


Tuesday, October 13, 2009

Raya lagi dan lepak di atas atap...

Setelah puas beraya di kampung...kami beraya pula kat KL....byk juga rumah yg telah di ziarah...ada sahaja open house sana sini...tapi ajym nya rumah mcm tak buat aje tahun ini sebab entahlah...tak ada yg sudi dtg kot...ramai juga yg dtg tapi ala kadar sahajalah hidangannya sebab yg datang tu semuanya mengejut...

Baru2 ni ajym pergi ke rumah abg ajym di bangi...apa lagi curi-curi la ambik gambar sebab biasalah kalau dah cantik.. bukan main geram la lagi nak ambik gambar sana-sini.... Rak di atas ni amatlah menarik dan sungguh cantik... designnya dicipta sendiri olehnya...shantek...hahaha org nak beraya lain pulak aktiviti aku kan...

Ruangan tamu ....entahlah yg mana satu cantik tak tau lah... terdpt byk ruang tamu...

Jalan nak gi dapur....Imtiyaz suka buat tawaf kat dapur ni.... maklumlah masuk sini kuar sana....

Tangga dari tingkat dua nak ke atas pelantar pemandangan dan ke khutub khanah....


Permandangan dari pelantar....
Another permandangan...sekali sekala duduk kat atas..tenang rasa hati...

Highway nak ke ruang family, bilik dan dapur ikut jln depan...ada highway tu...

Another ruang tamu...


Another ruang rehat dan bersantai-santai...


nasib baik Imtiyaz tak usik barang2 kaca itu... anak yg baik kan... ikut babah dier...hehehe....

Tangga nak ke tingkat dua...

Another ruang tamu..

Dari luar...nampak tak kat hujung belakang tu....itulah menara tempat nak tgk view sekitar bandar ini....kalau boring boleh lepak ke atas...ade ke masa nya tu...

yg paling best rumah ini boleh bermain di atas atap....Imtiyaz mendaki ke atas tapi nak turun kena bantu...hahaha...

Hahhaha... siap posing lagi atas atas....korang boleh buat cam gini.....mana ada org ambik gambar atas atap...

Nampak imtiyaz sedang mendaki...

Macam nak panjat gunung everest aje...

Sebelum mendaki..ambik la gambar dulu...byk pulak ambik gambar kat atas atap ni...

Hahhahaa....

Ada jambatan menuju ke lantai...selalunya digunakan tempat untuk menyedut angin segar dan bersenam...

Seronok juga main kat atap ni.... unik kan...

Bukan budak2 saja...org besar pun suka....

Wah nampak mcm dipuncak gunung...

Inilah jambatan di atas atap...


Imtiyaz tgh berfikir....rumah ke apa ni... bila dah seronok bermain di atas atap...mmg susah nak ajak turun...



Sunday, October 11, 2009

Kesiannya....................... Kat Baju Dier Jer!!!!!!!!!!!!!!

Dalam gambar ini...ajym hanya kesiankan baju mamat ni sajer.... sebab apa...kerana menurutnya dia kena serang dgn pedang samurai...tajam sungguh pedang itu....sehingga cantek koyakkan pada baju itu sehingga berdarah baju itu walaupun tiada luka pada badannya...kebal juga badan dier sebab selalunya kalau baju terkoyak sebegitu sudah tentu akan kena badannya....tapi mana datangnya darah itu.....itu saje nak komen...

Sumber Foto : Harakah...

Baiklah masa untuk mengetahui keputusan dari Bagan Pinang:

Undi Pos - BN- 3521, PAS- 601, rosak 54 - MAJORITI - 2920
Bradwall - BN - 215, PAS - 90 , Rosak - 7 - MAJORITI - 125
Sua Betong - BN - 371, PAS- 149, Rosak -9 - MAJORITI - 222
Taman Easton - BN 136, PAS - 78, Rosak -1 - MAJORITI - 58
Ladang Siliau - BN - 349, PAS -113, - MAJORITI - 236
Ladang Atheton - BN - 236, PAS -91 - MAJORITI - 145
Bagan Pinang - BN 1309 - , PAS - 578 - MAJORITI - 731
SIRUSA - BN - 767, PAS - 304 - MAJORITI - 463
TELOK KEMANG - BN - 1109, PAS - 563 - MAJORITI - 546
sumber : RBF

Monday, October 5, 2009

Berlari-lari Berkejaran Dgn Si Imtiyaz

Haha... tak habis lagi citer pasal rayer kat kg itu hari.... ini alkisahnya sibudak imtiyaz itu yg tak lalu duduk diam....penatlah babah dier mengejarnya kesana -kemari...mama dier duk dlm rumah masak-masak....babah lah jadi mangsa menjaganya budak2 lain..main aje la...kerjanya tak boleh diharap....

Imtiyaz ini kalau berlari mesti jatuh...itu sebab tak boleh harap kalau bebudak lain yg mjaganya...kenalah babah dier mengekornya....kalau berlari aje...menjeritla... jgn lari.....nanti jatuh...kalau luka kang..dier ingat taruh ubat gamat ajer sekelip mata ajer sembuh....selagi ada je luka itu dia akan nangis ..susah woo....rasa nak buat magik ajer...

Nasib baik luka2 nya hanya sebesar semut....pakai seluar tebal... kawasan rumah semua bertar jadi kalau jatuh senang la nak luka....tapi dgn jagaan rapi oleh babah dier.... tiadalah berlaku luka2 ini....tapi penat ya rabi mengejarnya.... sambil2 itu ambik gambar ajela kerja aku.....anak aku kan.....

Kalau dia jumpa batang atau apa2 yg dia suka ...dia ambil dan duduk sekejab...masa ini aku rilek sikit... duduk la juga....

Main tolak2 benda kat dlm longkang itu...... dapat rilek sikit aku...yer la....dari aku mengekor dia mengeliling rumah tu...tak penat.... kalau dikira aku rasa dekat 10 kali dia keliling rumah....sampai melecet kaki...

Bukannya kira panas ke tidak.....berjalan ajer kerjanya.....dia tak mau masuk rumah.... dukung pun tarak mau wooo.... ini budak kicikk mmg nakal wooo...

dia perasan la tu org ambik gambar dier....

ala berlari balik..... jgn lari...nanti jatuh....slow down balik.....penat mulut ni menjerit....cepat la masak mama oooiiii.....

Kat longkang itu terjumpa katak... dier nak tolak dgn kayu itu....mama dier sgt takut akan katak itu....hingga tak mau kuar selagi katak itu ader.......

Tolak katak itu ke dlm lubang.....yes akhirnya berjaya ...

Jgn lari....................pantang org tak nampak mesti mau lari....nanti besar boleh jadi olahragawan nie....


apa pandang-pandang.... dah penat ker..... dah berkilat muka itu....jom masuk rumah mandi.....

Tak mau lah.....belum puas lagi la babah.....

Nak tawaf lagi ker....aduyaiiiii


kat belakang rumah pulak dah.....

Naik tangga turun tangga.... nasib baik ada pemegang...ok la sikit...kalau tak ...asyik nak meniti sajer....

turun dah.... nasib baik belakang rumah redup sikit....

Ala...naik balik..... jatuh kang..... baik-baik yer....


Eh.... nak ngail ikan pulak ker.... tak...nak tangkap kucing....suka betul dier mengejar kucing...

dah...dah.... jom turun.... ehhh cantik pulak langit kat belakang tu....


Ini bola mana pulak dia jumpa nie..... aduuhhhh itu lah kisahnya..... si ngenit ngenit ni....sabau aje la.....

Monday, September 28, 2009

JALAN-JALAN BERAYA DI KG.

Raya hari kedua dan berikutnya ajym and family beraya kat masjid tanah melaka. Biasalah rumah org tua kami kat melaka ni dah sebulan tak bersapu...faham2lah abuknya bagaimana...rumah ini tiada penghuni kecuali hujung minggu...itupun dua kali sebulan atau sebulan sekali saja....mengikut keadaan. Di bulan puasa langsung tidak balik...maka pada raya ini mmg byk perlu di kemaskan terutama lantai...rumah persinggahan sahaja....faham2 ajelah...

Kami bercadang apabila sampai saja kat Kg....terus letak barang saja...kemudian keluar balik pergi beraya dulu...tetapi bila sampai....rasa macam perlu bersihkan dulu lantai yg terlalu byk tahi cicak....kononnya bersihkan dulu sebelum berjalan beraya....harap2 tiada yg datang utk beraya. kat rumah kg ini...pintu pagar pantang terbuka...laju aje org nak dtg...

Pintu pagar ini...perlu ditutup sementara rumah dibersihkan....dari jln bersar mereka hanya melihat pagar..jika terbuka maksudnya adalah org dirumah...bahagian lain tidak nampak kerana dilindungi rumah lain....dgn pantas pagar ditutup......tetapi tidak disangka2...pintu pagar itu dibuka sementara... kerana seorg lagi abg ipar datang utk berkonvoi pergi beraya bersama tetapi lupa utk menutupnya semula.....dlm tempoh beberapa minit....hambik kauuuu.... 5 bijik kereta datang sekali gus...terpaksalah layan juga saudara-mara yg dtg.... makan apa saja yg ada...itu pun kami bawa dari KL....biskut raya jelah....


Wife aku....tgh masak apa yg patut.....nasib baik gas ada lagi....maklumlah dah lama ditinggalkan...dapur pun buat syarat aje... janji boleh memasak jadilah.... selepas mereka dah balik barulah kami boleh beraya pula...dapatlah 3 biji rumah....

Malamnya pulak ada lagi yg datang reramai...Alamak kain saprah yg dibentang punyalah besar tetapi apa yg nak dihidangkan.... masing2 kami gelak kelakaran....bantailah labu...

Imtiyaz datang nak beraya ..boleh masuk ker......

Kat rumah lain.... bukan main seronok lagi imtiyaz turun naik tangga.....

Makan lah apa yg ade yer.....sorrylah rumah tinggal mana ada makanan....


Kat kg...kawasn mmg luas...itu yg seronoknya tu....sementara menunggu mereka2 bersiap...ajym bergambarla dulu....


Kat rumah saudara yg lain...kami sibuk didlam...budak2 asyik bermain buai kat luar....


Kat kg...kalau ada masa terluang kami ambik gambar ajelah... Ihtisyam ni....mmg susah untuk bergambar....kalau sesekali bergambar...manis jugakan senyumannya...

Ini di masa rumah pah ngah ...bukan main seronok tgk org main...imtiyaz tu tunggu masa aje nak kacau.....

Telah ku katakan..... sepantas kilat tgnnya menggapai mainan itu.... nasib baik budak2 tak marah....selambe je dier.....tak rasa bersalah pun....

Sebelah rumahnya bukan main cantik lagi kebun2 pisangnya....

Lepas tu kat rumah saudara yg lain.... wah kami tertarik dgn botol2 syampu yg di kumpul dari hotel2 yg pernah dikunjungi....punyalah byk....

Kami makan apa jua yg dihidangkan....

Ini pula kat rumah pak busu...halamannya bukan main bersih lagi....hijau ajer...sedap mata memandang....


Kat dlm rumahnya...imtiyaz berlari2...sebab suka bunyi lantai itu.... wah...bukan main lagi gayanya....


Masa nak balik ...sempat lagi tu.....


Ini pula masa nak balik dari rumah saudara yg lain..... selama 3 hari kat melaka...10 rumah kami sempat beraya...itupun bersama dgn org tua...kalau nak harapkan kami saja.....memerap kat rumah aje lah jawapannya.... itulah pentingnya emak bapak kan........
Selepas puas beraya di Kg. kami pun balik semula ke KL... sekali lagi..... bukan boleh balik gitu2 aje.... rumah perlu dikemaskan semula seblm pulang ke Kl.... maklumlah dah masak macam2....sisa2 makanan haruslah dibuang baik2..... bila rumah dah bersih barulah boleh balik....ambik masa juga utk mengemasnya.... pukul 6.20 petang hari rabu ...kami pun berangkat....
Jln raya pun boleh tahan byk juga kereta....seblum nilai boleh bawa 70km/jam ajer.... itu belum lagi kat tol sg besi...nasib baik ajym terus exit nilai dan masuk highway baru LEKAS.... wah seronoknya kereta kosong....ambik masa 15 minnit aje sampai cheras....besh...besh....

Thursday, September 24, 2009

HARI RAYA PERTAMA

Setiap tahun ajym and wife akan beraya di rumah di kg pandan dulu kemudian tgh hari pada hari raya barulah pergi ke rumah kakak ajym di ulu klang (emak duduk kat sana). Kg yg perak tu dah tinggal...tak ada org dah...adik-beradik yg tinggak kat perak adalah 3 org ...masing2 dah duduk rumah sendiri....dan balik kerumah mertua masing2. Jadinya ajym tak perlulah nak one to som nak balik mana...satu tempat ajelah....lagi pun kat kg pandan tu pun dah macam kampung juga suasananya....malam raya sibuknya bukan main lagi diorang masak bagai...masak rendang, ayam kurma, nasi impit, kek coklat, kek pusing, kek buah....disamping memasak juadah berbuka puasa ...nasi briani....busykan....


Kat atas ini adalah ayam kurma yg sedap gilos.....masa ambik gambar ni gulai dah habis separuh...kalau tak mmg penuh periuk tu....lauk2 lain tak ambik....takkan nak ambik semua ..karang korang pulak terliur betapa byknya.....ayam kurma ni mmg hidangan tetap pada hari raya.....bak kata anak aku si addien tu..... sedap nak mampossss


Kebetulan pulak hari raya adalah birthday my wife....dan 5 hari seblumnya pulak abg yg sulung punya birthday...maka kami celebrate sekalilah pada mlm raya tu....kek dah booking dulu kat secret resepi...beli 2 biji....coklat indulgen dan hezel...kek yg buat sendiri tu tak boleh usik lagi..itu kena tunggu hari raya lah.... selepas org surau datang takbir raya, kami pun potong kek la pulak...lepas tu bebudak main bunga api....

Tibalah hari rayanya.... selepas sembahyang raya...kami ada sessi salam2an.... masa ini macam2 drama terjadi...gelak ketawa dan tangis menangis....hik...hik...hik...siapa yg tak tahan melihat org menangis akan terjangkit sekali sadissssssnya...........

Apa2 pun Imtiyaz juga yg rilek.... org bagi duit raya pun tak ada perasaan....

Inilah suasananya.....budak2 berbaris untuk bersalam pulak .....disamping memberi duit raya..........

Yg ini jgn cakaplah...........paling romantis gitu.....jgn jelessss.........hehehe....tak sape nak jeles...bukan susah sgt.... nak tiru buat ajelah....

Nampak tak yg belakang tu.....tak habis2 lagi nangisnya....Itu kakak ipar ku....

Masa ini...budak2 tu masih lagi bersalam....sambil memikirkan apa skrip nak diucapkan...

Inilah kesemua 21 org cucu kepada emak dan bapa mertua ku..... tak ramai lagi macam keluarga ajym....dah beratus2...dah susah untuk memgumpulkan semua....walaupun 21 org cucu tetapi keriuhan tuhan saja yg tahu....

Ini adalah ank sulung abg ipar ku bersama isteri akma... dgn keluarganya....aiman harith, alya, aina madiha dan wafi akhtar..

anak no dua....yg pakai baju hitam tu...(mana suami dia..) tak sampai lagi...dia tak tidur kat kg pandan...dia balik rumah kat tmn teratai..dekat je... anak2nya siti liyana, Nurmusyirah, Syaqib, syazwi dan imanina...

anak no. 3....abg ipar bersama isteri ifaeza dan ank2nya (semua pompuan...kena usaha lagi ... kasi kocak lebih sikit)..anknya Haziqah, hazirah, hadfina, hanani dan hanisa..

anak yg kempat bersama suaminya yg menulis ini...bersama anak2...Murfiqah walin, Ihtisyam addien dan Imtiyaz Vazien....

Yg bongsu...yg tudung pink itu... bersama suaminya ali sobri dan ank2... amirah adlina, muaz zaim, Qaisara balqis dan alif

Anak2 saudara bergambar sakan...macam2 gaya ada...

Wajah2 anak saudara (anak abang yg sulung..)

Antara gambar2 yg ada ..masa ini org dah ada yg dtg rumah....tapi masih lagi nak bergambar...bukan senang nak kumpul ramai2 kan...

Lepas dah puas makan2 dan tetamu dah balik baru lah kami bertolak ke ulu klang pula.... diatas adalah gambar amak bersama kakak sulung dan abang ku....

Selepas itu kami pun pergi selayang rumah abg ...kebetukan aida gadis melayu pun ada...rajinnya dier.....

Baru dier sedar yg ajym sedang ambik gambar dier....sebelah itu adiknya....

Amboi...bukan main lagi....nanti adalah org yg jeles ni....
Esoknya kami beraya kat kampung Melaka pulak.....akan bersambung ceritanya.....nantilah yer....

Tuesday, September 15, 2009

KISAH MARIAM YG MENYENTUH HATI

PADA 23 Jun 2007, ketika Berita Harian menyiarkan berita seorang wanita dari Korea Selatan berusia 86 tahun mendakwa dirinya adalah rakyat negara ini dan mempunyai tiga anak di Johor Bahru, mungkin ramai di kalangan kita berasakan warga emas itu sudah nyanyuk dan sekadar mengada-adakan cerita.

Namun, bagi Mariam Johari atau nama Koreanya, Kim Soon Ae, beliau yakin dengan hujahnya dan melalui inisiatif serta kerjasama erat stesen penyiaran Korea Broadcasting System (KBS) serta akhbar terbitan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), dakwaan warga emas itu akhirnya terbukti benar. Malah lebih daripadanya, satu-satu impian yang diharapkannya dapat dilakukan sebelum dia menutup mata, termakbul.

Mariam ditemukan dengan dua daripada tiga anaknya yang ditinggalkan 64 tahun lalu, apabila KBS membawa Ramlah Sonni, 72, dan Jelani, 70, serta cucunya, Ahmad Onn, 43 bersama menantu, Siti Zainab Noor, 37, ke studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007. Itulah rentetan sejarah hidup Mariam dari Kampung Sungai Tengkorak, Plentong, Johor dan pada 5 September lalu, Mariam menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah rumah kebajikan di Korea Selatan pada usia 88 tahun.

Secara ringkasnya, Mariam yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921, berkahwin dengan seorang jirannya, Sonni Abdul Rahman, ketika Mariam berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak. Namun, anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan. Ketika Perang dunia kedua, suami Mariam menyertai tentera, manakala Mariam dikerah menjadi buruh membina landasan kapal terbang di Senai pada 1943. Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won, yang membawanya ke Korea Selatan sebelum terkandas di negara itu selama 64 tahun.

Kasih seorang ibu terhadap anak-anaknya tidak pernah pudar. Walaupun selepas 64 tahun meninggalkan anak-anaknya, Mariam (Johari) tidak dapat melupakan mereka." Kasih sayang Mariam itu menjadi pendorong Produser Korea Broadcasting System (KBS), Park Keon Young mengikuti liku hidup wanita Melayu kelahiran Plentong, Johor itu.

Park yang pernah memenangi dua anugerah penyiaran, berkata kisah hidup Mariam yang dipanggil Halmoney (bermaksud nenek) lebih menusuk jiwanya berbanding kisah hidup warga asing yang pernah dimuatkan dalam siri dokumentari Cinta di Asia yang diterbitkan sebelum ini."Lebih menyedihkan, nenek masih ingat janji kepada anak bongsunya, Jamnah untuk membeli biskut untuknya apabila pulang dari Korea. Hingga kini, beliau terkilan ia (janji) tidak dapat dipenuhi.

"Saya juga mempunyai ibu dan ketika meletakkan diri sebagai seorang anak, sedih mengenangkan tidak dapat merasa belaian kasih seorang ibu ketika kecil," katanya di sini semalam.Perjalanan hidup Mariam yang terperangkap di Korea Selatan selama 61 tahun dan keinginan Park menemukan wanita itu dengan keluarga yang terpisah sejak 1943, di Malaysia, membuatkan produser berusia 38 tahun itu tidak tidur malam.

Beliau yang mengetahui kesengsaraan Mariam daripada seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, menemui wanita itu kira-kira dua bulan lalu di Seoul.
Park berkata, keputusan menerbitkan dokumentari itu bagi mengenang jasa Mariam yang banyak membantu masyarakat Korea terutama ketika menjaga isteri majikannya yang mengidap barah serta tiga anak mereka yang masih kecil pada 1954."Sebelum isteri majikannya meninggal dunia, beliau mewasiatkan Mariam berkahwin dengan suaminya. Ketika itu, Mariam menjadi serba salah kerana sudah mengumpul wang untuk kembali ke Malaysia.
Ketika menjadi amah di korea..
"Bagaimanapun, selepas mendengar rayuan anak tirinya, Ji Yong Un yang ketika itu berusia tujuh tahun, Mariam berkorban untuk menjaga Yong Un hingga anak tirinya berumah tangga.

"Apa yang saya lakukan (membantu Mariam) sangat kecil berbanding pengorbanannya yang tidak boleh dibayar dengan wang," katanya yang menitiskan air mata apabila mengenangkan kesusahan yang dilalui wanita Melayu itu. Park juga menemuramah semua pihak yang mengenali Mariam di Korea Selatan bagi mengetahui perjalanan hidup wanita itu.

"Nenek pernah tinggal di satu perkampungan kecil kira-kira 300 kilometer dari Selatan Seoul. Di Korea, rakyat kami terutama di kawasan perkampungan tidak menyukai warga asing dan melihat mereka seperti 'makhluk asing'.

"Namun Mariam seorang wanita yang istimewa kerana di kampung itu, beliau diterima dan disukai ramai kerana ciri diri yang lembut, peramah, penyayang dan pandai mengambil hati. Malah, ke mana saja termasuk ketika tiba di Seoul untuk bekerja sebagai pengasuh, beliau berjaya menawan hati ramai orang termasuk majikannya," katanya.

Semua ini, katanya, mendorong beliau membantu Mariam mencari keluarganya di Plentong, di sini untuk mencari keluarga Mariam serta merakamkan bukti diperlukan kerajaan Korea Selatan dan Malaysia untuk mengesahkan kewarganegaraan wanita itu.

Usahanya untuk menjejaki tiga anaknya yang beliau yakin masih hidup di Malaysia, tidak pernah luntur serta pudar. Atas keyakinan, tekad serta iltizam berkenaan, permintaan dan harapan Mariam akhirnya dikabulkan. Pertemuan bersejarah selama enam hari di Korea Selatan pada 18 Julai 2007 tidak berakhir di situ saja. Malah, ia kemudian berjaya merintis jalan membawa Mariam pulang semula ke tanah air pada 5 September tahun sama sebelum pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007.
Apapun yang terjadi, pengalaman Mariam wajar dijadikan pengajaran dan bukan cemuhan kerana kecekalannya meneruskan hidup di negara asing tanpa sebarang bantuan dan sanak saudara. Kini, Mariam sudah meninggal dunia dan timbul pula kenyataan bahawa beliau memohon supaya taraf kerakyatannya dilucutkan dengan membuat permohonan pada September 2007, tarikh berada di negara ini dan ia diluluskan pada Januari 2008.
Bagi keluarga Mariam terutama Ahmad, tertanya-tanya mengapa Wisma Putra atau Jabatan Imigresen tidak merujuk kepada keluarganya di Kota Tinggi, sedangkan semua butiran mengenai keluarga Mariam sudah diketahui. Ahmad mendakwa mereka langsung tidak tahu menahu mengenai permohonan itu dan adakah Mariam sendiri mampu mendapatkan borang berkenaan, mengisinya dan menghantar ke Kedutaan Malaysia di Korea Selatan atau ia dihantar sendiri warga emas itu ketika berada di negara ini.
Semua persoalan itu mungkin boleh dijawab pihak berkaitan bagi meleraikan kekusutan di kalangan keluarga Mariam yang seakan tidak percaya bahawa wanita berkenaan mahu kerakyatannya dilucutkan selepas bertahan selama 64 tahun berada di republik berkenaan. Selain itu, janganlah ada pihak yang bersikap terlalu emosi dengan mendakwa Mariam sendiri menulis wasiat yang mahu mayatnya dikebumikan mengikut adat tradisi Korea sedangkan, semua sedia maklum mengenai tahap keuzuran warga emas itu.
Sebelum ini, tanggapan mengenai Melayu sebagai bangsa yang sukar meneruskan kehidupan di negara asing atau malas, namun kesabaran dan kecekalan Mariam hingga akhirnya berjaya menemui anaknya semula 18 Julai 2007 wajar diambil iktibar. Mungkin kejayaan itu tidak boleh disamakan dengan kejayaan penerjun Antartika atau perenang merentasi Selat Inggeris, mahupun pelayar yang mengelilingi dunia, namun kisah unik Mariam wajar diiktiraf dengan sekurang-kurangnya dibawa pulang bertemu keluarga di Johor.

Selama ini, Mariam melihat pelbagai perubahan dan pembangunan di Korea Selatan, daripada sebuah negara yang lebih mundur daripada Tanah Melayu menjadi sebuah negara lebih maju dari Malaysia. Percayalah, Mariam juga memasang impian untuk hidup bersama anak kandungnya sendiri, Ramlah, Jelani serta Jamnah, 67, yang ditinggalkan ketika masing-masing berusia lapan, enam dan setahun. Mungkin usahanya untuk mencari cinta sejati sehingga sanggup mengikut seorang tentera Korea pulang ke negara itu, semata-mata dengan alasan untuk mendapatkan restu keluarga lelaki berkenaan menunjukkan betapa wanita sememangnya amat sinonim dengan cinta.
Apabila Mariam pulang ke kampung halamannya untuk bersama dengan anaknya, timbul juga persoalan mengapa wanita berkenaan tidak memilih untuk terus tinggal dengan mereka bagi menghabiskan sisa hidupnya. Bagaimanapun, persoalan ini juga perlu dipertimbangkan. Apakah Mariam mampu menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia jika memilih tinggal bersama anak kandungnya selepas lebih dua pertiga daripada hidupnya dihabiskan di Korea Selatan?

Banyak faktor perlu diambil kira antaranya masalah makanan, budaya dan cara hidup, cuaca serta beberapa isu sensitif. Kalau Mariam langsung tidak berminat untuk bersama keluarga asalnya, beliau tidak akan meminta pertolongan KBS selepas beberapa usahanya sebelum ini, gagal. Apa yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia lakukan adalah dengan mengambil iktibar daripada penderitaan Mariam, seorang wanita cekal yang tetap tidak melupakan asal usulnya yang lahir di sebuah negara bergelar Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu dan terus yakin dengan jati diri sebagai rakyat negara ini.

Jenazah Mariam Johari, 88, yang dijangka tiba dari Seoul pada 12.10 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini, akan dibawa pulang menggunakan van Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Makam di sini, selepas solat Tarawih. Anak Mariam, Jelani Sonni, 72, berkata beliau dan anak saudaranya dijangka bertolak ke Kuala Lumpur pagi ini bagi mengiringi jenazah Mariam pulang ke Kota Tinggi bagi pengebumian. Katanya, pihak keluarganya akan mengadakan kenduri tahlil tiga malam saja berikutan kesuntukan masa kerana Aidilfitri yang bakal tiba.

"Kita dulukan apa yang wajib apatah lagi jenazah ibu sudah seminggu di Korea Selatan. Apa yang penting saat ini untuk melihat jenazah kali terakhir, sekali gus melenyapkan segala duka yang disimpan selama ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Jaya di sini, semalam. Jelani mengakui keluarganya mengharungi tempoh sukar selepas ibunya meninggal apabila pelbagai halangan menimpa bermula daripada kos membawa balik jenazah, status kerakyatan hingga wasiat Mariam yang mahu jenazahnya dikebumikan mengikut adat rakyat republik berkenaan. "Tiada perkataan dapat digambarkan ketika ini apabila impian kami tiga beradik untuk melihat jenazah ibu dikebumikan di sini (Kota Tinggi) akhirnya menjadi kenyataan, esok walaupun lebih seminggu beliau meninggal di Seoul.

Inilah saat paling ditunggu selepas melalui tempoh amat sukar dan bersyukur ia bakal menjadi kenyataan. "Saya berharap penantian ini berakhir dengan penuh selamat dan bermakna," katanya.